" OMG cantiknya kauuuu Amanda !! Baju cantik orang cantik ! Suami kacak fuhhh !" Bebel Iris .
Amanda hanya memandang Faiqal dari jauh .
" Woi kau dengar tak ni ! " Tegur Iris .
" Haye ye dengar dengar ." Jawab Amanda.
" Haa dengar apa ? Tengok apa je kau ni ? haihhh." Soal Iris sambil melihat apa yang dilihat oleh teman rapatnya .
" Allahu ingat tengok apa . Kau ni pon tengok la aku ni haa daripada kau tengok laki kau tu . Malam nanti kau boleh tengok puas puas . Bukan setakat muka lebih daritu kau dapat tau !" Usik Iris .
" Kau ni Ris gurau tak bertempat la ! Kau tak ingat ke mamat tu ." Soal Amanda .
" Ingat apa pulak ni ?" Soal Iris pula.
" Mamat tu la yang aku stalk IG dia masa dalam kereta tu ." Jawab Amanda.
" Yang mana nii macam la kau stalk sorang je aduuuhh ." Soal Iris .
" Eh kau ni sejak bila jadi lembap ni ishhh yang mamat 20k followers tu laaa ! "
Marah Amanda ." Oh ye laaaaaa ! OMG kau kahwin dengan orang hot babe ! Tak sangkanya aku !!! " Jerit Iris keriangan .
" Eh dah dah kenapa kau yang lebih lebih ni aku yang kahwin kau yang excited. " Jawab Amanda .
" Alaaa aku excited untuk kawan kesayangan aku niii !" Jawab Iris sambil memeluk erat Amanda .
Amanda membalas pelukan temannya itu .
" Ha dah la jom la makan . " Ajak Amanda .
" Ok jom . Tapi sebelum tu mana mak kau beli baju ni haa . Simple but nice . Nak jugak ! Warna pon soft . Matchy matchy pulak tu dengan suami uhuiii ." Soal Iris .
" Mana la aku tahu nanti nanti la aku tanya mama okay dah jom makan ." Ajak Amanda lagi .
" Okay lets ! "
Mereka berjalan masuk ke dalam rumah .
• • •
" Eh sini ." Faiqal memanggil Amanda .
" Nak apa ? " Soal Amanda ragu .
" Ibu panggil jom la ." Jawab Faiqal .
Amanda mengekori Faiqal dari belakang .
" Tinggi gila mamat ni betul betul macam korea ."
Bisik hati Amanda .
" Haaaa anak anak ibu . Kacaknyaa anak ibu sorang ni dengan pakai baju melayu ha samping biru . Anak ibu lagi sorang ni pon lawa . " Puji Pn Farha .
" Sesuai kan Rah baju dia orang ?" Tanya Pn Farha kepada Pn Natrah .
" Tengok la siapa yang pilih . Kita jugak hahaha ." Jawab Pn Natrah sambil tertawa .
" Ada apa apa lagi ibu ? Ma ? Kita orang nak naik atas ni tukar baju . Boleh kan ?" Soal Faiqal ?
" Ehhhh boleh boleh pergi la nak atas ." Arah Pn Natrah .
" Okay terima kasih ." Jawab Faiqal .
Faiqal terus menarik tangan Amanda menaiki tangga .
Amanda terkejut dek perlakuan suaminya . Dia hanya ikut dan memandang Faiqal .
" Mana satu biliknya ni . Haih susah la orang kaya banyak sangat bilik ." Soal Faiqal .
KAMU SEDANG MEMBACA
Cinta PER ? KE ? TER ?
Romance" Oh ni ke yang rapat dengan lecturer tu apa orang kata bercinta ? Bercinta dengan isteri orang ? " - Hareeq Faiqal " Apa masalah awak ni ? Kalau nak rapat dengan lecturer pergi la belajar betul-betul ha lagi satu siapa isteri orang ? Saya ? Saya k...