BAB 1

931 37 7
                                    

Hari yang indah dipagi yang mulia.Matahari girang menunjukkan serinya dihadapan khalayak umum. Embun pagi juga belum kering lagi. Pagi isnin sebegitu kerap dipanggil sebagai 'monday blues' bagi kesemua pelajar.

Sebuah kereta jenis Mercedes benz melalui kawasan pondok pengawal. Memarkir elok ditempat letak kereta. Kelihatan seorang lelaki bersut hitam serta berkaca mata hitam turun dari kereta dan menunggu setia ditepi pintu kereta. Seorang gadis yang cantik menuruni kereta itu sambil tersenyum manis ke arah lelaki tadi. Mungkin bodyguard barangkali.

"Have a nice day, Cik Syuhaila." Si pembantu peribadi itu menyambutnya mesra. Puteri Nur Syuhaila binti Tan Sri Syah. Ya, seorang gadis yang dikurniakan kecantikan yang tidak terperi, akhlak yang baik, budi pekerti yang elok serta dilimpahi harta yang tidak terkira jumlahnya. Syuhaila tersenyum manis bagi membalas jasa pengawalnya itu.

"Thank you." ujar Syuhaila.

"Nanti Pak Amid jemput Syu pukul 2 petang ya? Ihsan, pergi bawakan beg untuk Cik Syuhaila." Pak Amid, selaku pemandu peribadi Syuhaila memberikan arahan kepada konco-konco nya. Lagi dua orang pembantu peribadi turun dari kereta dan mengawasi Syuhaila. Seorang mengawasi gadis cantik itu dan seorang lagi membawakan beg Syuhaila.

"Okey, Pak Amid. Terima kasih. No, thanks. Syu boleh angkat sendiri. It's okay." Syuhaila tersenyum memandang pemandu peribadinya itu yang telah berkhidmat hampir 15 tahun dengannya. Tangan mulus itu segera mencapai beg galasnya laju. Dia mahu tampak seperti orang kebanyakan. Tidak mahu menunjuk yang dia itu dari golongan yang berada.

"Morning, Syu!" sapa Liya mesra. Tangannya memaut erat bahu Syuhaila. Syuhaila tersenyum manis, menggetarkan naluri sesiapa sahaja yang melihatnya.

"Morning, babe!" jawab Syuhaila. Syuhaila ketawa kecil melihat gaya kebudak-budakan Liya itu.

"Wei, aku lapar do! Jom ah teman aku pergi kantin..." ajak Liya mencebik bibir. Mukanya kelihatan comel apabila buat muka sedemikian. Syuhaila ketawa geli hati.

" Kau asal? Putus fius ape do? Aku cakap benda betul, kau gelak macam orang sawan jer aku tengok." Liya berkata berang. Tangannya yang kecil molek itu dikepal-kepal.

"Hahaha, rileks lah. You're just so funny." perempuan yang mendapat takhta sebagai gadis paling cantik disekolah itu ketawa lagi. Membangkitkan amarah Liya yang mendapat tempat kedua tercantik di sekolah orang kaya itu. Mereka berdua berkawan baik sejak darjah satu lagi. Tidak hairan apabila mereka dikatakan kembar tidak seiras yang cantiknya mengalahkan puteri bunian. Yang pastinya Puteri Nur Syuhaila lah yang sering dibual ramai oleh kerana sikapnya yang mesra, senyuman yang tidak pernah lekang dibibir. Dikurniakan akhlak yang baik, jiwa yang lembut, muka yang cantik dan otak yang pandai. Dilimpahi pula nikmat duniawi. Manakala Liya pula ayahnya berstatus Dato' sahaja.

"Liya, kalau bodyguard aku tahu macam mana dowh? Masak kau kena belasah." Syuhaila membeliakkan matanya yang sememangnya bulat itu dengan sengaja. Liya menelan liurnya.

"Okey lah, kau menang! Cepatlah teman aku!" rengek Liya manja. Iya, hanya Syuhaila sahaja tempatnya boleh menunjukkan perangainya yang sebenar, tempatnya mengadu, tempatnya bermanja, tempatnya bersandar tika sedih. Syuhaila adalah segalanya baginya. Mereka berdua juga ada lagi dua orang kawan iaitu, Wawa dan Teha. Tetapi Syuhaila dan Liya mengenali Wawa dan Teha sewaktu tingkatan satu. Tidak seakrab dia dan Syuhaila.

"Ramai oranglah, Liya. Kau tak nampak eyh?" Syuhaila melepas pandang ke arah meja-meja kantin yang berselerakkan dan dipenuhi pelajar-pelajar sekolah Sri Jaya itu.

"Kesah ape aku. I don't care." Liya menunjukkan perangai keras kepalanya itu.

" Weh, ermm...Wawa ngan Teha mane? Aku tak nampak diorang pun. Absent ker? Takkan dua-dua sekali gus?" Syuhaila cuba mengalih topik perbualan. Matanya meliar memerhati takut-takut ada dua susuk tubuh yang berjaya mendapat tempat nombor enam dan nombor lapan tercantik disekolah.

Cik Tengku Cinderella 👸Where stories live. Discover now