BAB 27

216 10 2
                                    

"Cik Syu, mesyuarat tergempar akan diadakan 45  minit bermula dari sekarang. Cik Syu diminta untuk bersedia dan berada lima minit awal sebelum mesyuarat bermula." Farah mula menyambut Syuhaila dengan berita yang agak mengejutkan.

   "Tan Sri tak cakap apa-apa pun dekat saya?" agak ragu-ragu suara gadis itu. Farah pun tidak pasti adakah ia berbentuk ayat atau soalan yang dilemparkan. Syuhaila menanggalkan coatnya lalu disangkut pada rak yang disediakan. Tas tangan diletakkan di atas meja sebelum punggungnya dilabuhkan duduk.

   "Saya pun baru tahu harini Cik Syu. Katanya sempena pernaikan pangkat. Tetapi saya tak pasti siapa yang telah dinaikkan pangkat. Tan Sri datang awal harini ke pejabat, dalam pukul 8 pagi macam tu." ulas Farah lebih lanjut. Syuhaila terangguk-angguk mendengarnya. Baru dia sedar ketika sarapan bersama dengan keluarganya papa tidak kelihatan. Penting sangat kah? Syuhaila mengerling jam tangannya, jarum jam pendek menuding ke angka sembilan manakala jarum jam panjang pula menuding ke angka tiga. Ia bermakna sudah 9:15 pagi.

   "Hurmm, tak apalah. Awak boleh keluar dulu. Nanti tolong fotostat dokumen yang berkenaan dengan projek baru-baru ni di Dubai dan China. Pastikan ia diringkaskan dan ditapis terlebih dahulu ya. Terima kasih." ucap Syuhaila bersama senyuman manis yang dikulum.

   "Okey, Cik Syu. Beres. Lagi satu Cik Syu. Saya tak berapa sure siapa yang call semalam. Dia ada tinggalkan pesanan suara. Nanti saya sambungkan pada bilik cik Syu ya." selepas menerima anggukan dari Syuhaila, Farah pantas beredar. Masa itu emas.

   "Peliknya. Siapa pula. Jangan kata pangku jawatan CEO kedua sudahlah. Naya aku nanti." Syuhaila mengurut dahinya seketika. Dirinya berjeda. Pen berdakwat hitam dicapai sebelum menyelak helaian pertama dokumen yang tersusun kemas dimeja kerjanya. Beberapa minit kemudian tandatangan diturunkan.

   🌸🌸🌸🌸🌸

"What?! Papa, this is really unfair. CEO mestilah kena ada seorang saja, mana boleh ada yang kedua." bantah Syuhaila sekeras-kerasnya. Meja dihentak tanpa sengaja mengumpulkan kesemua mata yang ada. Semua mata disitu memandang Syuhaila yang anggun berselendang kelabu.

   "Papa you have to listen to my opinion. This is really out of my mind. Two CEO in one company, like seriously?" Syuhaila masih enggan bergerak dari tempatnya berdiri. Masih setia dengan segala peluru berpandu yang akan dilontarkan dengan jaya. Tan Sri Syah masih tenang dikerusi empuknya. Seperti sudah dididik dengan situasi sebegini. Arman mencuri pandang wajah comel yang berwarna merah saga itu. Marah benar nampak gayanya. Pandangan dikalihkan pula ingin mendengar jawapan majikan besarnya.

   Bilik mesyuarat mula riuh dengan bisikan para pekerja. Tan Sri Syah tersenyum nipis memandang si anak dara.

   "Tenang semua. Saya ada alasan saya sendiri kenapa saya melantik COO kita, Arman Faris sebagai CEO terbaru yang mana berkongsi tempat dengan Syuhaila malah saya amat arif tentang impak yang akan berlaku terhadap tindakan saya ini. Oleh itu, saya menagih kerjasama anda semua untuk berlaku adil pada kedua-dua belah pihak. Jika tiada apa-apa yang perlu diperkatakan lagi. Saya rasa kita boleh bersurai sekarang. Terima kasih." seraya berkata demikian Tan Sri Syah terus bangun diikuti dengan pembantu peribadinya.

   Syuhaila berdecit menyampah. Kenapa perlu ada dua ketua dalam sebuah syarikat. Bukankah akan menambah bala saja jika mamat tu yang menjadi ketua? Bukannya mentadbir tetapi sibuk bergaya.  Hish, benci, benci, benci! Tetapi keluhan dan ketidakpuasan hati itu hanya dapat dipendam saja. Hatinya masih boleh bersabar dengan pelbagai insiden yang berlaku.

   "Welcome to the nightmare, mia bella." bisik Arman perlahan ditepi telinga Syuhaila. Mungkin pada pandangan orang lain, Arman hanya berjalan sahaja tetapi sempat juga dia membisik ayat-ayat nista. Oh, sungguh licik lakonannya!

Cik Tengku Cinderella 👸Where stories live. Discover now