"Jomlah gerak." ujar Yasmine sementelah siap mengikat tali kasutnya. Raut wajah jelita Syuhaila ditatap, indahnya ciptaan tuhan.
"Hello! Kau jangan jadi lesbian dekat sini Meen. Aku tak tahu mana nak cari Pak Imam, Tok Bilal dengan Tok siak. " tegur Liya terlihat pandangan Yasmine yang agak 'Luar Biasa' pada malam itu. Yasmine tersengih sumbing. Mana mungkin dia adakan hubungan sejenis. Nak nak dengan Syuhaila ni.
"Ada-ada jelah kau ni, Liya." Syuhaila menghempuk kepala Liya menggunakan lengannya. Biar sedar sikit.
"Jomlah." Liya berjalan dulu diikuti oleh Syuhaila dan Yasmine yang setia memegang torch light dari telefon pintarnya.
"Meen aku dengar ceritakan..kalau kau suluh dekat atas pokok, kau kena kacau malam ni. Sebab takut tersuluh tuttt...cuba try." Liya tiba-tiba bersuara dihadapan. Mereka perlu menyusuri ombak pantai dahulu, barulah sampai ke deretan kedai-medai makan. Disitu terdapat banyak kedai makan tersedia. Syukur sekali apabila mereka dapat chalet yang berdekatan dengan hiruk-piruk manusia. Lampu dipasang memeriahkan suasana. Sepanjang perjalanan disediakan lampu ala -ala clip light gitu.
"Eh, tak nak aku. Naya jer nanti." Yasmine yang berada dibelakang sekali menyahut kembali. Liya sudah mengekek dihadapan. Syuhaila memerhati deretan kedai-kedai makan yang tersusun disepanjang jalan. Susun atur dan dekorasi masing-masing berbeza mungkin mahu menarik minat si pelanggan. Cita rasa orang lain-lain. Ada yang disediakan kuda untuk menarik minat pelanggan. Ada juga yang menempah badut bagi menghiburkan kanak-kanak. Haih, macam-macam.
Iphone yang berbunyi-bunyi didalam poket diseluk sebentar. Entah apa yang diborakkan.
Bestie forever 💆❤
36 messages unread
Teha 🙆❤:
Korang kat mana? Kenapa lambat sangat? Mandi junub ke apa?Wawa 🙈💝:
Korang jaga diri dekat sana. Yang kau memakak dah kenapa siot? 🤔Farah 💆💕:
😂😂😂Teha 🙆❤:
SYUHAILA!!! LIYA!!! YASMINE!!!Teha 🙆❤:
Korang datang sekarang sebelum aku jadi kerbau.Teha 🙆❤:
Kau jangan eh, Syu. Kau dah sihat dah. Jangan mengada tak nak datang. Sumpah aku baling kau tengah laut sana. 💩😈Teha 🙆❤:
Tak susahkan kau pun, ngek. @wawa 😜Bising betullah mulut Teha ni. Syuhaila dapat melihat Liya juga menahan tawa, wajahnya yang disambar lampur malap itu kelihatan memerah.
You:
Dah kenapa ni? Aku tengah SEDAP tidur korang kacau pulak. Tak puas hati apa? 🙄Teha 🙆❤:
Syu sumpah aku bunuh kau.Terhambur jua ketawa Liya apabila membaca mesej yang dikirim oleh Teha. Teha bukan boleh dijangka. Risau Syuhaila selamat 'dikendurikan' olehnya pula. Mereka terus berjalan sampai ke destinasi mereka. Kedai makan yang bernama Suzy Sizzling itu dimasuki oleh mereka bertiga.
Aroma sizzling yang berapi-api membuatkan mereka kecur air liur. Kelibat Teha dan Farah dicari. Apabila mengenali target, Syuhaila terus menuju ke arah mereka berdua. Fikir sweet lah dating macam tu?
YOU ARE READING
Cik Tengku Cinderella 👸
RomanceSebut sahaja nama gadis, Syuhaila Tan Sri Syah..pasti dikenali semua. Seorang gadis yang berperibadi mulia dan bijaksana. Kaya, cantik dan sebagainya. Gadis itu mendapat tawaran ke Universiti Warwick, United Kingdom. Dia perlu meninggalkan bumi Mala...