BAB 11

243 15 0
                                    

"Hoi, perempuan! Jaga adab sikit boleh tak? Kaki tu letak kat bawah, bukan atas mejalah!" tengking Syuhaila menggegarkan barangan perhiasan yang majoriti diperbuat daripada kaca itu.

Asyraf yang baru sahaja melangkah masuk banglo tiga tingkat itu juga turut terpempan melihat tingkah laku kurang sopan si 'penumpang sementara' itu. Beg plastik yang kebanyakannya milik Syuhaila dijinjit penuh tangan.

" Eleh, setakat meja kristal pun nak heran. Aku boleh ganti semulalah!" kata Yasmine bongkak lagi angkuh.

"Cakap tak serupa bikin, spenda sendiri pun suruh papa aku yang beli. Ada hati nak beli meja kristal yang berharga beribu-ribu. Hampeh!" perli Syuhaila selamba. Asyraf menggigit bibirnya menahan tawanya pecah.

"Hei, mulut kau! Macam longkang tersumbat eh! Behave sikit!" keji Yasmine yang berang diperli Syuhaila dihadapan lelaki kesukaannya. Hal sensetif pula tu!

Kedua-duanya tidak mahu kalah sesama sendiri. Perang mulut semakin berleluasa.

" Selongkang-longkang aku ni pun..sekurang-kurangnya...aku pandai cari duit sendiri. Tak macam korang dua ni, tahu kena suap dengan papa aku je. Tidur, makan! Tidur, makan je tahu! Huh! Oh lupa! Tidur, makan, berak dan kencing sekali. Malas aku layan betina mereng ni. Baik aku masuk bilik dulu." ujar Syuhaila geram bercampur bengang. Tidak pernah seumur hidupnya berkasar sebegitu sekali. Nampaknya dua beranak itu memang dah tunjuk belang walaupun baru seminggu menetap dikediamannya. Memang menguji erti kesabarannya!

Pembantu rumahnya yang lain sibuk menolong Asyraf yang terkial-kial menjinjit beg plastik kepunyaan Syuhaila itu. Yelah, siapa tidak mahu menolong orang tampan dalam kesusahan ya tak?
Syuhaila menjeling geram dengan tingkah laku Yasmine. Bikin hatinya panas!

"Syu..." panggil Asyraf sambil mengejar langkah Syuhaila yang sedang mendaki tangga ke tingkat dua.

"What?" tanya Syuhaila sambil memandang tempat lain. Malas mahu bertentang mata dengan jejaka idaman malaya itu.

"I'm sorry." ujar Asyraf serius memandang Syuhaila. Syuhaila menjadi tidak tentu arah. Terus, wajah kacak itu dipandang sekilas.

"For what?" tanya Syuhaila dua patah perkataan. Bagai bermain berbalas kata pula. Seorang jawab sepatah, seorang lagi menjawab sepatah. Seorang jawab dua patah, seorang lagi menjawab dua patah.

"What Yasmine's have done just now." kata Asyraf sambil melirik ke arah gadis kegilaannya itu. Mata itu segar, bulat dan cantik sekali. Anak mata Syuhaila berwarna biru kehitam-hitaman. Alis kening lebat dan terbentuk cantik. Bibir mungil, merah jambu semulajadi. Dagunya runcing.

Hidungnya mancung seperti orang barat. Kulitnya putih melepak tiada cacat cela mahupun khidmat kosmetik. Apabila gadis itu melakukan aktiviti menunggang kuda, automatik kulitnya bertukar menjadi putih kemerah-merahan tampak cantik sekali. Kalau digandingkan puteri kesayangannya dengan puteri bunian, puteri bunian semestinya kalah!

"It's okay. Dah biasa dengan dia tu. Mereng!" ujar Syuhaila ketawa kecil apabila teringat akan Yasmine, adik tirinya mungkin. Dia pun tidak mengaku remaja itu adik tirinya. Tidak kuasa! Asyraf tersenyum manis, mencairkan hati sesiapa jua yang memandang. Syuhaila yang tersedar dari lamunan indah itu segera berlari ke biliknya. Tidak mahu cinta berputik kembali. Biarlah ianya terkubur begitu sahaja.

Pintu biliknya yang berwarna putih itu diketuk berkali-kali. Syuhaila memandang sekilas ke arah pintu tersebut. "Yes, Come in!" ujarnya. Pantang sekiranya orang menunggunya lama.

"Syu..ermmm..lunch together." Asyraf memandang Syuhaila yang duduk dibirai katil king itu. Redup pandangan menjamah wajah cantik dan berseri kurniaan ilahi. Sungguh bertuah sesiapa yang berjaya memiliki hati kecil gadis itu. Gadis yang sering acap kali menjadi angan-angan terindahnya itu.

Cik Tengku Cinderella 👸Where stories live. Discover now