BAB 29

206 17 2
                                    


Vote dulu oiii ❤😉😆

🌷🌷🌷

"Fayyad!" Syuhaila meluru ke bilik abangnya. Apabila cukup tempoh pantang Selena selama 40 hari, Syuhaila akan mengajak kakak iparnya itu membeli-belah. Tangan comel Fayyad Haikal digapai sebelum dicium. Hurm, wangi!

"Asik main dengan anak sedara je, bila nak main dengan anak sendirinya?" perli Mukhriz lalu duduk dibirai katilnya. Syuhaila menjeling abangnya bengang. Sejak kak Selena melahirkan zuriat mereka, mulut abangnya itu tidak pernah duduk diam. Ada sahaja yang ingin diungkit soal bakal suami, pertunangannya dan sebagainya.

"Abang, please. Syu muda lagi lah. Jangan paksa Syu buat apa yang Syu tak suka." rengek Syuhaila nadanya sungguh menjengkelkan. Mukhriz mengangkat kening. "Nak tunggu masuk 30 dulu ke baru nak kahwin? Diri tu dah tua, 26 tahun dah. Abang nak cari calon, menangis tak nak. Bila lagi ni Syu? Tu Raf, Zarif semua yang suka Syu tu, tak nak terima pulak? Kata tak termasuk ciri lelaki idaman lah, itulah inilah. Fikir semua lelaki menepati ciri-ciri Syu tu ke?" bebel Mukhriz sambil mengelap air liur yang terkeluar dari mulut comel Fayyad.

"Stop nagging abang. Macam nenda lah. Cakap pasal nenda kan...Syu tengok nenda dah semakin cergas sekarang. Abang tak rasa ke?" soal Syuhaila lalu bermain ciku-cak bersama Fayyad. Terkekek-kekek si Fayyad ketawa. Comel sangat! Syuhaila turut mengikut Fayyad ketawa.

"Hah, tukar topik! Syu ni kan..." Mukhriz meluku kepala adik tunggalnya. Syuhaila mengaduh sakit. Kepala yang diluku, digosok berulang kali bagi menghilangkan sedikit kesakitan yang dialami.

"Abang...Fayyad dah bagi minum susu dah?" Selena menolak daun pintu perlahan. Walaupun sekarang dirinya sedang berpantang, penampilan dirinya masih rapi. Tidaklah asik berkain batik memanjang. Hish, naya. Tidak pasal-pasal terbit berita harian nanti bertajuk, menantu jutawan kelihatan serabai gara-gara berpantang.

"Ayang tak suruh bagi dia susu pun." jawab Mukhriz mengusap pipi Fayyad. Fayyad pula suka apabila dibelai, terus mengekek ketawa.

"Kak Selena bagi susu badan atau susu botol?" Syuhaila yang ralit nelihat bayi mengangkat muka. Selena membetulkan duduknya sebelum menjawab.

"Susu badanlah, Syu. Budak sedang ni, sihat lagi kalau bagi susu badan. Susu botol tu entah apa kandungannya. Tak yakin akak jadinya." Selena tersenyum manis.

"Owh, hurm...tak apalah. Syu masuk bilik dulu. Kalau korang berdua nak dating, panggil Syu ya tolong jagakan budak tembam ni." sempat lagi sebuah ciuman hinggap di pipi tembam Fayyad. Geram!

Mukhriz mengerling adiknya melalui ekor mata sahaja. Syuhaila memang penggemar budak. Jika anak orang pun dilayan seperti itu, apatah lagi anak sendiri. Belum rezeki dia agaknya untuk bernikah. Eh, ada sangat rezeki cuma dia sahaja yang menolak.

Syuhaila mulai dilanda kebosanan tahap dewa lalu dia turun ke bawah untuk melihat-lihat pemandangan tasik buatan milik keluarganya.

"Mirza!" "Opocot mak kau hijau!" latah Mirza tanpa sengaja. Gunting yang digunakan untuk mencantas dedaun itu terbang entah ke mana. Syuhaila pula gelak tidak ingat dunia. Pantas sahaja, tangan Mirza memukul lengan Syuhaila.

"Aduh. Hish, bisa betul!" gadis itu mengusap tempat terkena senjata Mirza. Ganasnya minah ni!

"Cik Syu, alahai. Saya ingat siapa tadi. Kenapa cik Syu kacau saya ni? Buang tebiat?" Mirza mencapai gunting yang terpelanting di atas rumput lalu kembali dengan tugasnya. Pokok pain yang berbentuk dua angsa dan sebuah hati di antara dua ekor angsa itu dicantas. Daun-daun kering dan rosak dibuang, hanya meninggalkan yang sihat sahaja.

Cik Tengku Cinderella 👸Where stories live. Discover now