Izzat dan Haris mengambil tugas untuk membeli bertih jagung, air dan makanan ringan yang lain manakala Arman dan Naufal pula menunggu di dalam dewan tayangan.
"Hall berapa ni?" tanya Arman kepada Naufal yang memegang dua tiket. Naufal melihat tiket itu sekali imbas.
"Hall 3. Hujung, kiri." Arman berjalan seperti apa yang diarahkan. Pintu itu ditolak perlahan, mereka berdua melangkah masuk. Tempat duduk E 13, E 14, E 15 dan E 16 dicari. Terdapat empat kerusi untuk mereka dan keempat-empatnya berada di tengah. Arman menempati kerusi hujung sekali belah kanan, Naufal pula duduk disebelah Arman. Cerita Munafik 2 menjadi pilihan mereka berempat. Cerita tersebut baru sehari lepas keluar. Nasib menyebelahi mereka apabila tiket masih ada.
"Nanti kau terus balik ke macam mana? Movie maybe habis dalam pukul 10 macam tu. Lepak dulu ke?" Naufal menghidupkan telefonnya lalu menetapkan silent mood. Tidak mahu diganggu dengan panggilan-panggilan sewaktu cerita bergentayang nanti.
"Balik terus. Aku takut umi aku risau." ujar Arman juga berbuat perkara yang sama selepas itu Arman membuka Instagram nya sebelum memuat naik story. Gambar bersama Naufal dengan caption 'Munafik 2 on the way. 😈'
Bunyi orang bersiul membuatkan Arman berpaling, Haris masuk ke tempat duduk lalu melabuhkan punggung disebelah Naufal. Sempat dia mengagihkan bertih jagung serta air minuman seorang satu. Izzat dengan terpaksa kena duduk hujung belah kiri. Haih, apalah nasib.
Iklan-iklan yang terpampang menerbitkan rasa bosan dalam diri penonton. Arman mencapai bertih jagung yang diletakkan dikaki tempat duduk sebentar tadi lalu dikunyah perlahan.
❄❄❄❄❄
"Syu, kita dah lambat! Aku dah kata tadi cepat siap. Tapi kau sempat lagi dinner bagai. Ada lagi 3 minit tau sebelum movie start. Munafik 2, I'm coming!" Syuhaila mengeluh bosan apabila mendengar leteran Liya. Farah ikut sama menemani mereka tengok wayang. Bertih jagung serta air minuman siap sedia berada ditangan masing-masing.
"Liya, kau tu dah lah penakut. Kalau kau duduk tengah pastu pinjam menjerit dalam tu. Siap kau!" Syuhaila memberi peringatan tetapi berbaur amaran pun ada juga.
"Yah, yah! I know." Liya mengalah juga. Pintu Hall 3 ditolak dengan segera. Pergelangan tangan Syuhaila serta Farah ditarik secepat mungkin. Tempat duduk E 10, E 11 dan E 12 dicari.
"Syu, aku duduk tengah. Farah duduk dekat sini. Syu duduk sini." Syuhaila merenung Liya geram. Tadi kata bukan main berani lagi. Sekarang berebut duduk tengah pula. Sudahlah disebelahnya lelaki sedang sibuk meneroka bertih jagung, entah apa yang dicari dalam bertih jagu,g tu pun dia tidak pasti. Kalau ada harta karun tahan lagi. Syuhaila mula teragak-agak duduk disebelah lelaki itu, dalam kegopohannya untuk duduk itu, tanpa sengaja air minuman lelaki itu yang membuatkan gadis itu kecut .
Serius dia tidak sengaja! Lelaki yang sedang meneroka bertih jagungnya itu serentak berpaling. Tetapi pandangannya tidak memandang ke arah Syuhaila namun pada airnya yang tertumpah tadi. Syuhaila menelan liur, kesat. Tuhan, selamatkan aku!
Matanya tajam mencerlung gadis itu. Naufal yang berada disebelah Arman tertoleh-toleh. Tidak berapa jelas wajah siapa yang tengah berdiri itu, lantas Naufal menghiraukannya. Liya dan Farah ternyata terkana tempiasnya juga. Mereka turut sama terkejut dengan apa yang berlaku tetapi itu sebelum Farah mengecam wajah lelaki tersebut.
"Encik Arman?" Farah memandang Arman tidak percaya. Arman juga membalas pandangan Farah. Dia menoleh kepada Syuhaila kembali. Gadis itu kaget, comel.
YOU ARE READING
Cik Tengku Cinderella 👸
RomanceSebut sahaja nama gadis, Syuhaila Tan Sri Syah..pasti dikenali semua. Seorang gadis yang berperibadi mulia dan bijaksana. Kaya, cantik dan sebagainya. Gadis itu mendapat tawaran ke Universiti Warwick, United Kingdom. Dia perlu meninggalkan bumi Mala...