Setahun kemudian...
"Welcome back, Syu! I'm glad to see you here." Senyum lebar sampai ke telinga menyambut kepulangan Syuhaila dari negara orang. Alhamdulillah, kuasa Allah dia dapat memegang segulung ijazah PhD. Keputusan itu amat membanggakan keluarga di Malaysia.
"Hai, Raf. Me too! Mana yang lain?" tanya Syuhaila kepada sepupunya itu. Kelihatan hanya Asyraf dan Yasmine sahaja disitu serta ditemani dengan beberapa orang pengawal peribadi. Syuhaila lekas mendapatkan Yasmine lalu tubuh itu didakap erat.
"Syu, I'm miss you damn much." pipi Syuhaila dicium Yasmine bertalu-talu. Rindu berunsur pergi apabila wajah jelita itu mula bertandang dihadapan matanya sendiri.
"So, Let's go home. Semua orang dah tunggu Syu dekat sana. Raf pun dah lama tahan perut tengok, Mak Ngah masak macam-macam tadi. Yelah pelik bin ajaib tengok Mak Ngah turun padang. Maid pulak semua sibuk buat itu dan ini. Huh, majlis besar gedabak sambut Syu sorang tahu tak?" Asyraf mengangkat keningnya. Membuatkan Syuhaila semakin galak ketawanya.
"Syarikat semua okey? Papa and mama sihat ke?" Syuhaila mula berura-ura ingin mengeluarkan telefon bimbitnya ingin menghubungi Tan Sri Syah mungkin. Serta -merta pandangan dikalihkan memandang wajah mulus Liya.
"Liya, care to join us?" tanya Asyraf sebelum Syuhaila ingin bertanya sahabat karibnya. Liya teragak-agak juga ingin membuntuti mereka. Yelah, jika abang Syuhaila sahaja yang menjemput mungkin dia tidak akan berasa kekok kerana sudah terbiasa sejak berada di tahun 1 lagi.
"Jomlah, Liya. Aku tahu kau tak ada transport kan? Jomlah, alang-alang rumah kita dekat ni." Syuhaila memujuk sambil menghubungi ayahnya.
"Assalamualaikum papa. Hello, Syu dah sampai ni. Tak sabar nak jumpa papa dengan mama and tak lupa abang sekali." Syuhaila memulakan perbualan tanpa sempat mendengar ayahnya menjawab salam.
"Waalaikumsalam. Yah, yah! Kitorang pun tengah tunggu Syu ni. Welcome back, sayang. Cepat sikit balik. Mama dengan abang Syu ni tak menyempat nak tengok muka Syu. Okey, see you there. Bye!"sakat Tan Sri Syah dalam nada perlahan. Syuhaila tersenyum manis menampakkan lesung pipit dikedua-dua belah pipinya tetapi tidaklah terlalu dalam.
Syuhaila menutup panggilan tersebut lalu disumbat I-phone X itu ke dalam beg tangannya. Hari ini dia berpakaian santai sahaja. Dress labuh berwarna ungu cair yang dilengannya terdapat sedikit bulu berwarna biru cair dan seluar jeans padini slim fit. Kasut sekadar dipakai kasut sandal Louis Vuitton. Perhiasan emas putih yang mencecah beratus-ratus ribu memperindahkan lagi dirinya. Cermin mata berwarna keperangan, beg tangan berjenama Hermes Birkin dan makeup nipis pelengkap gaya.
"Assalamualaikum!!!! Mama, Papa! I'm home!" laung Syuhaila sesudah sampai dihadapan pintu rumah yang terbuka seluas-luasnya itu. Pembantu rumah-pembantu rumah yang kebanyakannya sedang menyibukkan diri masing-masing itu menoleh sebentar melihat gerangan siapa yang membuat kekecohan itu. Serta merta Mak Cik Iffah meluru ke arah Syuhaila lalu terus memeluk tubuh langsing itu.
"Mak Cik Iffah! Miss you a lot! Rindu masakan Mak Cik Iffah yang sorang ni. Muah, muah, muah, muah!" ujar Syuhaila gembira bukan kepalang. Bahu Mak Cik Iffah dipegang kemas seakan tidak mahu dilepaskan.
"Eiii, Syu! Mak cik rindu gila-gila tau dekat Syu! Ya Allah, kulit Syu. Semakin putih dan berseri ye? Apa rahsianya?" tanya Mak cik Iffah teruja. Sudah lama tidak bertemu dengan anak majikannya itu. Hampir lupa wajah dan perangai Syuhaila ini.
"Tak ada apalah yang Syu pakai! Natural ni." Syuhaila ketawa halus mendengar pujian Mak Cik Iffah itu.
"Sayang! Welcome back!" Puan Sri Syahida terus berlari ke arah Syuhaila lalu merangkul tubuh langsing Syuhaila. Senyum lebar sampai ke telinga menghiasi wajah tua itu. Tua-tua pun masih cantik bak orang muda. Itu yang membuatkan Syuhaila amat mengagumi ibunya itu.
YOU ARE READING
Cik Tengku Cinderella 👸
RomanceSebut sahaja nama gadis, Syuhaila Tan Sri Syah..pasti dikenali semua. Seorang gadis yang berperibadi mulia dan bijaksana. Kaya, cantik dan sebagainya. Gadis itu mendapat tawaran ke Universiti Warwick, United Kingdom. Dia perlu meninggalkan bumi Mala...