BAB 31

195 13 2
                                    

"Syu?" Syuhaila terpempan. Tubuh tegap seseorang yang sedang berdiri bertentangan dengannya ditatap sejurus selepas namanya diseru.

   "Raf..."

   "Tahulah tak sabar nak tunang. Kalau ya pun, janganlah duduk atas pelamin tu. Hilang seri, Raf nak datang nanti." seloroh Asyraf sambil berjalan mendekati Syuhaila. Syuhaila tersenyum kekok. Aduh, awkward nya!

   "Syu, dah ready ke? Lagi dua minggu lagi majlis ni." tanya Asyraf sekadar mahu hilangkan suasana janggal ini. Syuhaila menjeling Asyraf seketika. Tali leher yang melingkari leher lelaki itu dilonggarkan sedikit supaya dapat memberi ruang oksigen lebih.

   "Apa boleh buat. I have no choice." balas Syuhaila membetulkan duduknya. Kaki yang tadi bersila kini duduk lebih santun. Asyraf gelak sebentar. Oh, manisnya seperti Arman. Eh, eh! Syuhaila pegun sebentar, ini dah lebih ni.

   "Raf, bila sampai?" Puan Sri Syahida datang bersama seorang pembantu rumah. Setelah dia mengeluarkan arahan pada pembantu rumah itu agar membancuh air terus kaki dibawa ke arah Asyraf dan Syuhaila. Bagi Syuhaila mama adalah heroin terbaik buatnya. Datang tepat pada waktu. Oh, mama I love you so much!

   "Baru je, mak ngah." Tangan wanita itu dicapai sebelum dikucup penuh kasih. Puan Sri Syahida tersenyum mesra.

   "Mak ngah ada buat kek batik pagi tadi. Jemputlah, Raf. Lunch pun dah serve atas meja tu. Tunggu Syu bersiap lambat sangat. Hahahahahaha." Syuhaila diam disebelah Asyraf. Doanya moga Asyraf cepat ke ruang makan.

   "Oh ye ke? Mesti sedap mak ngah buat. Teringin nak makan." Asyraf bangun dan menapak ke ruang makan ditemani oleh Puan Sri Syahida. Kedengaran gelak tawa dari ruang makan bergema melegakan hati Syuhaila. Pelamin itu ditepuk-tepuk sebelum tubuhnya berdiri meninggalkan pelamin itu.

🌷🌷🌷

Peluh dingin merenek didahi gadis itu. Pakaian serta hiasan yang indah mana mungkin dapat melegakan hatinya. Resah. Gelisah. Semua rasa bercampur baur hingga sebati. Rasa gentar dan takut saling bercampur seperti menyalurkan satu rasa tidak yakin pada diri sendiri. Takut akan melakukan kesilapan. Gusar tersilap kata. Runsing andai kata jika terjatuh nanti.

   "Okey, Syu. Semua dah ready. Marilah, wakil bagi pihak lelaki pun dah sampai." kata Puan Sri Syahida sambil menyelak sedikit pintu bilik anak daranya. Majlis pertunangan ini dihadiri oleh kenalan terdekat, anak yatim berdekatan dan teman rapat sahaja. Selebihnya disumbang melalui majlis pernikahan nanti.

   Tangan Liya yang sedari tadi ditindih di atas tangan dialihkan. Hati cuba dipujuk sendiri agar lebih bertenang. In Syaa Allah tiada apa yang berlaku. Yakin pada rencana Allah itu. Nafas ditarik lalu dihembus.

   "Okey." jawabnya pendek. Labuci dan lace yang saling memeriahkan lagi gaun tersebut diangkat oleh Teha sedikit agar Syuhaila tidak tersadung. Liya setia berada disamping Syuhaila. Tangan Syuhaila ditarik menuju ke ruang tamu yang sudah dihias cantik.

   Wakil dari pihak lelaki tersenyum menyambut kedatangan Syuhaila. Terdapat ibunya sahaja, bapa serta bakal pengantinnya tidak hadir. Tidak manis lah pula jika hadir pada  hari pertunangan. Lagipun hanya ibu dan ahli keluarga terdekat sahaja sepatutnya hadir bagi mewakili beliau.

   Majlis diteruskan dengan wanita itu berjalan merapati Syuhaila lalu seorang perempuan menghulurkan sekotak baldu. Bakal ibu mertuanya membuka kotak tersebut dan terserlah isinya. Cincin yang ditengahnya ada mahkota berlian. Cantik dan mewah. Mungkin harganya mampu mencecah lima puluh ribu atau lapan puluh ribu. Anggar Syuhaila didalam hati.

Cik Tengku Cinderella 👸Where stories live. Discover now