Persisiran pantai itu disinari lagi dengan lubang-lubang kecil dimana letaknya anak-anak ketam. Angin yang sepoi-sepoi bahasa menampar lembut wajah manis dan cantik Syuhaila. Perasaan tenang, aman dan damai yang dapat gadis tinggi lampai itu rasakan kini. Syuhaila duduk bersimpuh diatas pasir yang berkilat dan halus itu.
"You were gonna miss him, when you started a new feel. A gentleman are those rare people who is keep praying for the woman they love." Syuhaila bermadah sebentar. Kekosongan dihatinya begitu dirasakan. Hatinya, jiwanya kosong. Bukan kerana iman tiada, bukan kerana kasih dan sayang yang tiada, bukan kerana islam tidak didakapi erat didada. Namun, ada sesuatu perasaan yang mungkin semua orang ada.
Cinta? Cinta itu dusta. Cinta itu memang cantik bak berlian namun penuh dengan duri yang mengelilinginya. Jika tersilap langkah sekali, pasti akan terluka. Nafas dihela bersama dengan perasaan yang bercampur baur bagai rojak pasembor.
Perasaan takut dan gementar perlahan menyelinap masuk ke dalam hati. Dia takut jika terluka buat kesekian kalinya. Hatinya penuh dengan luka dan nanah yang tidak pernah sembuh. Walaupun sudah dimaafkan berkali ianya diibaratkan seperti paku yang diketuk di atas kayu, walaupun paku sudah dicabut namun kesannya yang mendalam tetap kelihatan di atas kayu.
"Berat rasanya sukar diluahkan, bernafas ragu..menghembus pilu, perasaan ini tergantung sepi. Dibiarkan begitu saja, terikat namun tak bertali, mencuba menyimpulkan mati namun terputus jua..." Syuhaila menyanyi kecil. Deruan dan desiran ombak menambah rencah suasana petang itu.
Kaki digagahkan jua untuk berdiri menampung badannya yang tinggi lampai itu. Kasut sandal putih berjenama Prada diambil sekali. Syuhaila berjalan menghayati deruan ombak pantai. Suara kanak-kanak dan gelak tawa pengunjung-pengunjung di pantai itu tidak diendahkan masakan dia juga sedang melayan perasan. Jarang dia bersendirian seperti ini. Setiap masa ada sahaja yang ingin menemani derap langkah kaki.
Air pantai yang dibawa ombak ke persisiran ditendang halus. Gelodak dijiwanya mula bertenang sedikit demi sedikit. Senyum dipaparkan menghiasi wajah cantik dan jelita milik Syuhaila.
Puas bermain dengan air pantai juga dengan anak-anak ketam yang kecil saiznya, Syuhaila mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.
Kereta Mini Cooper kegilaannya dihampiri punat open ditekan. Sekejap sahaja tubuh badan tinggi lampainya masuk ke dalam kereta. I-phone X dipegang sambil mulutnya berdecit.
Abang ❤
OnlineAbang ❤:
Syu, nanti tolong belikan wallpaper maybe pastel colour 😃Please, I will pay you. 😎
Tlg eh? Syu kan cantik. Tolonglah abang ni...😄
You:
Tgklah lagu mane. Kekgi Syu beli. 😿Butang send ditekan. Serta-merta Syuhaila menutup telefon pintar itu dan disimpan semula ke dalam beg jenama Sembonia. Kereta itu bergerak ke belakang secara perlahan dan tiba-tiba.
Hon!!!!
Syuhaila mula melatah perlahan dek terlampau terkejut dengan bunyi hon kereta BMW tersebut. Darah menggelegak kepanasan, lantas pintu kereta dibuka dan ingin berjumpa dengan tuan empunya kereta BMW itu.
YOU ARE READING
Cik Tengku Cinderella 👸
RomanceSebut sahaja nama gadis, Syuhaila Tan Sri Syah..pasti dikenali semua. Seorang gadis yang berperibadi mulia dan bijaksana. Kaya, cantik dan sebagainya. Gadis itu mendapat tawaran ke Universiti Warwick, United Kingdom. Dia perlu meninggalkan bumi Mala...