BAB 21

213 15 2
                                    

6 tahun kemudian...

"Abah, Arman rasa Arman nak cari kerja lah." ujar Arman sambil menghirup kopi panas yang dibancuh oleh uminya.

"Emm...boleh jugak tu. Abah pun setuju. Lagipun dah 5 bulan Arman rehat. So why don't you just straight to the point right?" Datuk alif hanya mengiyakan sahaja cadangan anak terunanya itu. Lagipun, Arman sudah dewasa. Sudah boleh mula memikirkan jalan hidup sendiri tanpa dipinta.

"Umi baru jer nak suruh Arman kerja. Serabut umi asyik terima pinangan dari orang taman ni. Kalau kamu tu jenis tak cerewet, tak apa lah jugak. Ini tidak, semua pinangan ditolaknya. Manalah tak malu budak perempuan tu. Anak bertuah betul." sampuk Datin Aliya yang muncul di taman itu. Wanita itu melabuhkan punggung atas kerusi bersebelahan dengan anak terunanya. Arman hanya tersengih mendengar bebelan ibunya itu.

Sudah menjadi rutin, apabila pihak perempuan menghantar rombongan meminangnya. Terbalik pula. Tetapi malangnya, semua pinangan itu ditolak sewenang-wenangnya.

"Hah, Arman. Kamu nak cari kerja di mana?" tanya Datuk Alif sekali gus memberhentikan bebelan isterinya.

"Apa pulaknya, bang. Arman kerja dekat syarikat abang lah. Nak suruh dia cari kerja tu dah kenapa?" bantah Datin Aliya tidak setuju. Wajah suaminya itu direnung pelik.

"Macam ni, mi. Arman rasa nak cari pengalaman lah, umi. Dekat syarikat lain. Lagipun haritu abah ada kata syarikat kawan dia ada jawatan kosong. So boleh lah Arman transfer sana." jelas Arman kepada Datin Aliya. Kelihatan wanita itu terangguk-angguk faham. Itulah kelebihan Datin Aliya yang membuatkan Arman selesa berkongsi cerita dengannya. Mudah memahami dan tidak banyak cerita.

"Kalau macam tu. Syarikat siapa abang nak transfer kan si Arman ni?" tanya Datin Aliya lebih lanjut.

"As holdings...."

🌸🌸🌸🌸🌸

"Weh, syu. Lagi setahun lagi kita belajar ambil PhD, nanti kita free! Rindunya Malaysia!" Liya yang sudah melompat di atas katil dipandang oleh Syuhaila.

"Wey, runtuh jugak katil aku ni karang. Kau ni kalau excited sekalipun..agak-agak lah. Kau ni kan..aku tengah stress kau boleh pulak gembira kan?" cemberut wajah gadis itu sudah Liya jangkakan. Siapa tidak suka apabila balik sahaja ke tanah air lalu dipaksa bertunang dengan orang yang langsung tidak dikenal.

"Sabar je lah. Kau anggap jer dia tu tak wujud dalam hidup kau. Lagipun, kau mestilah ada life. Takkan sehari 5 kali jumpa kut." pujuk Liya bersila disebelah Syuhaila.

"Tu yang aku taku babe! Dia tu annoying lah, tak suka!" ngomel Syuhaila lalu melentokkan kepalanya di bahu Liya. Liya mengusap-usap kepala kawan dunia akhiratnya itu.

"Alah kau ni...mana kau tahu dia tu annoying. Cubalah fikir tu positive sikit. Ini tak.." bebel Liya perlahan. Syuhaila mula mendengus mendengar bebelan Liya yang tidak menyempat itu.

Bunyi notifications whatsapp membuatkan Syuhaila berdecit sebentar. "Liya tolong ambil hand phone aku atas katil tu." lantas Liya mencapai I-phone X kepunyaan Syuhaila.

Papa ❤
Online

Papa ❤:
Asslm, Syu. Syu balik
Malaysia bila? Boleh
papa tempah tiket flight
awal-awal 💦

Syuhaila kelihatan seperti sedang terfikirkan sesuatu lantas membalas mesej ayahanda tercinta itu.

You:
Syu tak tahu lagi, pa.
Nnti klau Syu dh
psti Syu text papa. Boleh? 🙂

Cik Tengku Cinderella 👸Where stories live. Discover now