Syuhaila dan Liya melangkah bersama meninggalkan dewan kuliah 24 itu. Kuliah bersama pensyarah yang bernama Puan Latiffah itu memang perlu mengerah otak memikir akan kata-kata yang disampaikan olehnya. Naik menggelegak kepala otak mencerna ayat yang disampaikan itu lagi-lagi dalam bahasa inggeris.
"Liya, after this ada class lagi tak?" tanya Syuhaila malas. Buku-buku rujukan dan pencil case yang dipegang membuatkan perlakuannya hendak meneliti jadual juga turut terbantut. Nak tak nak, Liya juga perlu menjadi mangsa meneliti jadual padat mereka berdua.
"Ada, class dengan Miss Juny. Tetapi start pukul 3 petang lah. Kau nak lepak cafe dulu ke? Ader lagi tiga jam lagi nak tunggu class Miss Juny start. Tunggu zohor pun lambat lagi." hujah dari Liya itu mendapat sambutan dari Syuhaila. Oh, indahnya jika kelas akan bermula lewat!
"On jer! Aku belanja, jomlah. Cafe mana?" tanya Syuhaila bersahaja. Soal kewangan memang serah sahaja padanya sebab itu rakan-rakan sekuliah boleh besar kepala dengannya. Itu membuatkan setiap hari telinganya akan dibasuh dengan leteran demi leteran dari mulut comel Liya itu.
"Starbucks jer lah. Malas nak jalan jauh. Cafe Cat jauh siot!" keluh Liya. Liya mula memeriksa telefon bimbitnya, gusar jika ada pesanan atau panggilan kecemasan dari tanah air tercinta. Syuhaila juga mengambil peluang menyemak telefon bimbitnya. Telefon yang dimatikan seawal jam 10 pagi itu dibuka semula. Bertalu-talu pesanan Whatsapp menyerbu membuatkan Syuhaila malas mahu memeriksa lebih lanjut.
Melihat ada nama abangnya tertera didada telefon bimbit membuatkan gadis jelita itu menyungging senyum sampai ke telinga.
Abang ❤👅:
Aslm, Syu sihat tak?You:
Waalaikumsalm, sihat
Alhamdulillah..abg sihat? 🤗
Sorry Syu off fone takdi.Butang 'send' ditekan segera, mengharap abangnya pantas membalas. Lagipun jika diikutkan waktu Malaysia. Mesej yang dihantar oleh abangnya itu menunggu dua jam untuknya membalas.
You:
Rindunya kt abg,mama ngn papa.
Rasa macam nak fly
kat Malaysia skrg gk 😂Abang ❤👅:
Abang pun, adikku sayang!
Much lope! 💗💗💗💗💗💗💗Abang ❤👅:
Baru habis kelas ek?You:
Horler! 😏 Takkan baru
habis jala ikan kut.Abang ❤👅:
Perangai loyar buruk still ada ek? Tak berubah langsung! 😠You:
Ampun tuanku! Patik memohon beribu-ribu ampun. 😚
YOU ARE READING
Cik Tengku Cinderella 👸
RomanceSebut sahaja nama gadis, Syuhaila Tan Sri Syah..pasti dikenali semua. Seorang gadis yang berperibadi mulia dan bijaksana. Kaya, cantik dan sebagainya. Gadis itu mendapat tawaran ke Universiti Warwick, United Kingdom. Dia perlu meninggalkan bumi Mala...