BAB 30

181 12 4
                                    

"Syu yakin dengan keputusan Syu ni?" tanya Puan Sri Syahida meminta kepastian. Gusar hati tuanya mendengar keputusan anak dara. Syuhaila mengangguk laju, redha dengan apa yang akan berlaku. Lagi pula umurnya sudah mahu mencecah angka 30. Pilihan orang tua tidak semestinya buruk, mungkin lebih baik.

   "Kalau macam tu. Mama ambil wedding planner paling terbaik sekali untuk Syu." wajah yang tadinya keruh sudah diserikan dengan senyuman. Gembira dengan keputusan yang telah disimpulkan oleh Syuhaila.

   "Okey, I'm going upstairs ma. Goodnight. I love you." Syuhaila mengucup pipi Puan Sri Syahida berserta senyuman nipis. Melihat wajah tua itu gembira pun, sudah cukup membuatkan dia gembira. They are my everything, itulah kata-kata yang sering kali terngiang-ngiang di dalam kepalanya.

   "I love you too, dear. Sweet dream princess." Puan Sri Syahida menilik jam dinding yang gah tergantung diruang tamu. 10.45 malam. Lambat-lambat Iphone diambil lalu dicari nama seseorang pada senarai kenalan. Nombor seseorang yang rapat dengannya didail.

   "Hello, Elyna. Esok Lyna free tak? Kalau free boleh datang rumah aunty tak esok?" Puan Sri Syahida diam menanti balasan anak buahnya.

   "Boleh je aunty. Syu nak kahwin ke? Hehe." seloroh Elyna, sudah terbiasa dengan Puan Sri Syahida lagaknya.
  
   "Memang pun, ni nak suruh Lyna take over lah ni." balas Puan Sri Syahida ketawa kecil.

   "Hah?! Biar betik? Okey, okey demi Syu..Lyna datang. Aunty, Lyna nak kena kunci kedai ni. Sambung esok pula ya." walau sudah terbiasa santun tetap menjadi tunjang utama.

   "Okey, Lyna. Thank you. Assalamualaikum." Puan Sri Syahida menutup Iphone setelah Elyna selesai menjawab salamnya. Senyuman manis ditarik. Tidak sabar ingin menguruskan majlis pernikahan serta pertunangan anak bongsunya nanti. Tubuh dibawa ke tingkat atas, tidak lupa juga berpesan kepada pembantu rumah untuk menutup lampu kaca utama.

   🌷🌷🌷

"It's okay Farah. If awak nak ambil cuti pun tak apa." Syuhaila tersenyum manis pakej dengan lesung pipitnya. Mata menangkap bayang Arman yang sedang bertenggek dihadapan pintu biliknya. Tersengih-sengih, entah apa demamnya. Baru tiga hari tidak jumpa. Wajah kacak itu tersenyum manis, entah kenapa senyuman itu menyimpan 1001 makna tersirat. Malas mahu ambil kira, Syuhaila meninggalkan jejaka kacak itu.

   Syuhaila berjalan ke biliknya. Kerusi empuk berwarna putih diduduki.

   "Ong, ong." bunyi yang tercetus dibawah meja membuatkan Syuhaila sedikit menunduk untuk melihat apakah ia. Membuntang biji matanya apabila melihat 'makhluk' itu.

   "Argh!! Allah! Mama, mama! Tolong! Euw, eii! Yeck!" hampir menangis dirinya tidak tahu hendak lari ke mana. Makhluk itu benar-benar jelek dimatanya. Euw, disgusting!

  "Cik Syu?" nada Farah sepertinya risau akan keadaan Syuhaila yang seperti diserang histeria. Keningnya bertaut ingin merungkai apakah yang sedang berlaku. Perlahan meja megah itu didekati. Katak?!

   Bagaimana makhluk kuning itu boleh tersesat ke sini? Bukannya satu dua, tetapi empat! Jeritan Syuhaila mengundang tumpuan orang ramai yang sedang menjalankan tugas mereka. Semua kepala terintai-intai apakah yang sedang terjadi.

   Tan Sri Syah dan Asyraf turut menyerbu masuk bilik Syuhaila. Kesemua datang dengan wajah tertanya-tanya. Syuhaila sudah tidak tahu hendak lari ke mana. Arman mula datang dari pintu bilik, dengan wajah tidak bersalah dia mendekati. Katak itu dipegang tanpa ada rasa jijik. Euw!

Cik Tengku Cinderella 👸Where stories live. Discover now