Syuhaila menyemak senarai barangan yang perlu dibawa ke kem di Pulau Perhentian esok buat kali yang terakhir. Luggage yang terukir nama Syuhaila berwarna hitam dan turquoise diletakkan ditepi meja solek. Bagasi kecil berwarna senada yang memuatkan barang mandian, kasut serta alat solek diletak bersebelahan dengan luggage. Memo diletakkan atas meja solek.
Lidah digulung-gulungkan didalam mulut. Isi pipi didalam mulut, ditolak oleh lidah. Dia sudah menjadi tunang orang, oleh itu batas pergaulan harus dijaga. Fikirannya kusut, dia tidak mahu berjumpa dengan tunang nya. Andai kata, rupa parasnya buruk, risau nanti lelaki itu akan ditolak. Dia tidak mahu begitu. Dia mahu mencintai lelaki itu kerana Allah. Dia tidak mahu hatinya sendiri yang merana.
Sekurang-kurangnya jika lafaz akad telah termeterai, dan dia sudah menjadi hak milik mutlak lelaki itu. Dia tidak berbelah bahagi lagi. Dia hanya ingin mencintai dan dicintai. Tubuhnya dihempas ke atas katil. Otaknya penat dengan pelbagai masalah.
Arman....dimanakah lelaki itu? Sudah berhari lelaki iti tidak memunculkan diri. Rindu? Hurmm, mustahil. Ingat Syuhaila, kau dah jadi tunangan orang. Berhenti menaruh harapan! Perlahan matanya kian memberat, dan Syuhaila tidak lagi di alam realiti. Berharap moga esok akan lebih baik dari harini.
🌹🌹🌹
Kawasan lapangan Kuala Lumpur International Airport penuh dengan manusia yang berlegar-legar. Syuhaila dan lain-lainnya bersedia dengan tiket penerbangan masing-masing. Flight mereka akan bertolak pada pukul 11 pagi nanti. Masih berbaki lagi sejam lima belas minit. Sarapan sudah awal-awal pagi lagi.
Tan Sri Syah tidak dapat menghadirkan diri kerana masalah kesihatan. Terpaksalah Syuhaila berseorangan disini, tidak lupa juga bersama rakan-rakannya dan Yasmine.
"Syu, aku nak pergi toilet sekejap. Sakit perut, teman aku." rintih Liya sambil meramas-ramas perutnya. Terasa memulas-mulas, entah apa yang ditelannya semalam.
"Ha? Okey." Syuhaila meletakkan tiket penerbangannya didalam tas tangan. Syuhaila tergesa-gesa melaporkan kepada ketua rombongan. Mujur sahaja gadis itu mengenakan, seluar slack hitam bersama t-shirt putih lengan panjang yang bertulis 'Wake up!' di atasnya.
"Farah, saya ke tandas dengan Liya." beritahu gadis itu pada secretary nya. Luggage dan bagasi kecil ditolak ke Farah sedikit sebagai isyarat tolong jaga. Yasmine dibiarkan bersama Teha.
Setibanya mereka ditandas, Syuhaila terserempak dengan seorang perempuan yang comel mengenakan jubah berwarna merah jambu. Bahunya terlanggar sedikit oleh perempuan itu. Ucapan maaf sudah cukup menyelesaikan masalah.
Liya sudah berdesup mencari tandas, tak tahan sangat gamaknya. Selendang berwarna hitam dengan bunga-bunga yang menghiasi hujungnya dibentuk kemas. Gincu berwarna merah jambu cair dicalit sedikit kebibir. Dia tidak mengenakan makeup harini. Kulitnya tampak lebih segar.
"Liya, lambat lagi ke?" bisik Syuhaila halus, tidak mahu mengganggu penumpang kubikel lain untuk 'melabur' bersama.
"Kejaplah." kata orang tua-tua tak baik bercakap dalam tandas. Syuhaila tersengih kecil. Cantik. Tali kasut gucci yang terlerai diikat biar kemas.
Iphone X, dibawa keluar dan sempat gambar diambil dihadapan cermin tandas. Gambar itu dihantar kedalam instagram miliknya. Tidak lupa ditukar ke mood vibrates. Telefon diletak kembali kedalam poket seluar slack. Bergetar-getar telefon itu menerima notifications luar biasa impak dari gambar Syuhaila yang telah dimuat naik sebentar tadi.
YOU ARE READING
Cik Tengku Cinderella 👸
RomanceSebut sahaja nama gadis, Syuhaila Tan Sri Syah..pasti dikenali semua. Seorang gadis yang berperibadi mulia dan bijaksana. Kaya, cantik dan sebagainya. Gadis itu mendapat tawaran ke Universiti Warwick, United Kingdom. Dia perlu meninggalkan bumi Mala...