BAB 23

228 18 2
                                    

"Weh, Farah. Kau dah jumpa ke CEO baru kita tu?" tanya Adleen kecoh. Pada masa ini mereka sedang enak menjamu selera di kedai makan bernama Matahari berdekatan dengan pejabat. Almaklumlah, lunch hour katakan.

"Apa tak nya? Aku kan PA dia. Lagipun, dia dah 5 hari dekat situ. Kau tak jumpa lagi ke, leen?" tanya Farah mengerutkan kening lebatnya yang seperti Elfira Loy itu.
Nasi dipinggan bersama lauk-pauk masakan kampung dijamah dengan selera.

"Ouh, tak lagi setakat ni. Tapikan, dengar ceritalah..cantik orangnya. Betul ke?" Adleen masih lagi mahu membawang dihadapan rezeki. Tergeleng-geleng Farah dibuatnya.

"Haah, memang cantik orangnya. Ramah pula tu. Seronok kerja dengan dia. Baik sangat, kadang tu dia belanja aku makan, tumpangkan kereta untuk aku. Kira peramah lah orangnya. Macam Tan Sri." komen Farah selamba. Air sirap limau ais diteguk rakus untuk hilangkan dahaga pada iklim yang panas sebegini.

"Aku dengar dari mulut orang, Encik Arman tu selalu sangat cari gaduh dengan CEO kita. Betul ke?" Mas Anita yang sedari tadi diam tidak berkutik turut menyampuk kata.

"Haah, memang pun. Aku syak Encik Arman suka dekat cik tengkulah. Yalah, cik tengku kita tu kan cantik orangnya. Mana tak putih mata." Farah menambah pula.

"Alah, Encik Arman tu kan dah kahwin. Takkan nak kahwin empat kut. Kau tak nampak ke seorang budak lelaki dia selalu bawa masuk bilik dia tu? Macam lah tak tahu." Syarifah menambah rencah dalam situasi hangat itu.

"Iyelah kan. Aku tengok Encik Arman dengan cik tengku tu padan sangat-sangat. Tetapi tulah, jodoh ditangan tuhan tiada siapa pun yang boleh teka." Farah menaruh harapan yang tinggi agar dua sekutu itu dapat bersama. Dengan izin yang maha esa.

🌸🌸🌸🌸🌸

"Kenapa awak tak siapkan lagi dokumen ni? Berapa kali saya nak kata awak just sign jer. Sign pun perlukan masa 2,3 hari ke? Awak just proceed jer. " Arman tiba-tiba sahaja merempuh pintu bilik Syuhaila membuatkan Syuhaila terhenjut bahu kerana terkejut.

"Awak ni dah kenapa, Arman? Awak tahu kan saya sibuk sangat atau awak tak nampak tender berpusu-pusu masuk sejak kebelakangan ni? Kalau awak tak puas hati dengan saya tolong jangan campur adukkan dengan masalah kerja. Tolonglah. Professional please." marah Syuhaila bengang. Tolong jangan jadi kebudak-budakan sangat. Boleh pula datang srang-serang orang, fikir boss ke?

"Sebab saya tahulah saya datang sini. Awak fikir sibuk awak aje ke? Tak fikir pasal orang lain? Kalau awak berfikiran kolot macam ni... sampai bila-bila pun takkan settle lah! Jangan jadi selfish sangat." keras suara Arman membantah kata-kata Syuhaila. Darahnya mendidih tatkala itu, hanya tuhan sahaja yang tahu. Hidungnya kembang-kempis menahan amarah.

"Saya tak sangka perangai COO As Holdings boleh berbicara sekesat ini. Saya fikir, awak dah cukup bijak menyusun kata di medan mesyuarat dan awak akan mengekalkan pada rutin harian awak. Tetapi malangnya saya salah. Awak hipokrit, Arman." lantang kedengaran hujah Syuhaila yang ternyata tepat lagi sahih. Hipokrit. Adiknya juga sering gelarnya hipokrit.

"Awak tu yang childish sangat. Mana aci main macam tu. Kita main bagi adil dua-dia belah pihak. Barukah dinamakan permainan." bantah Arman sekeras-kerasnya.

"Aci dekat india lah. Okey, fine! Kita bagi fair dua-dua belah pihak!" Syuhaila turut bersetuju dengan cadangan yang diusulkan.

"Dengan ini saya selaku COO syarikat mengumumkan perang di antara CEO dan COO bermula dari sekarang." Arman menjongketkan keningnya.

Cik Tengku Cinderella 👸Where stories live. Discover now