"Morning, mama. Morning, papa. Morning, abang." wajah Syuhaila kelihatan begitu ceria sekali apabila didapati wajah bonda, ayahanda dan abangnya terdapat dimeja makan. Oh, terpula pula! Saudaranya juga turut serta dalam meja makan yang besar dan gah itu.
"Morning, Syu. Morning, Liya." ucap Puan Sri Syahida dan Tan Sri Syah ceria.
"Waalaikumsalam." jawab abangnya bersahaja. Secara tiba-tiba pehanya dipulas laju. Matanya mencerlung memandang Syuhaila disebelahnya. Syuhaila gelak sakan diikuti oleh Liya.
"Sakitlah, Syu! Dah lah cubit dia mengalahkan ibu ketam. Hishh, Raf...aku rasa kau kena hati-hatilah dengan si Syu ni bila dia dah sah jadi bini. Malam pertama dah kena cubit dah." usik Mukhriz sambil ketawa terbahak-bahak. Tan Sri dan Puan Sri juga turut sama bergelak tawa. Serta Asyraf sekali. Hanya Syu dan Liya sahaja yang tersenyum kelat.
'Jadi bini? Tunang pun belum tentu lagi.' desis hati kecil Syuhaila membentak geram. Sekali lagi peha Mukhriz dipulas bagi melampiaskan marahnya. Sekali lagi Mukhriz menjerit kesakitan. Keningnya berkerut menahan sakit.
"Announcement anak-anak papa. Mulai esok, Cik Suri akan duduk dirumah ini. Dan Yasmine akan bersekolah sama dengan Syu, Liya dan juga Raf. Mereka akan duduk sebumbung dengan kita. Dan harap kamu semua boleh layan mereka berdua dengan baik sekali. Boleh kan?" Tan Sri Syah mengumumkan pengumuman yang sangat penting itu kepada seluruh keluarganya.
Mata bulat dan cantik milik Syuhaila terbuntang. Mukhriz pula mencerlung matanya memandang ayahandanya. Puan Sri Syahida pula hampir tidak percaya. Manakala Asyraf ternganga lebar. Liya hanya diam tidak berkutik. Dia tidak berhak mencampuri urusan keluarga tersebut.
Tiba-tiba Syuhaila berdiri tegak. "Syu takkan izinkan dia jejakkan kaki dekat rumah ni. Ni hak kita. Kenapa mereka kena kacau? Kenapa perlu ganggu? Tak puas lagi ke diorang dapat harta kita semua?" muka Syuhaila yang sememangnya putih melepak itu mula memerah menahan amarah.
Bukan niatnya untuk kurang ajar dengan ayahandanya. Dia kenal sangat dengan isteri nombor dua ayahnya itu, Cik Suri dan anaknya pula Yasmine. Ayah dan Cik Suri kahwin bukan atas dasar cinta tetapi harta! Dasar perempuan mata duitan!
"Syu, please sit down and finish your food, sayang. Don't make it too serious. Mereka hanya menumpang. Papa pun bukan nak mereka tinggal dengan kita. Rumah papa yang mereka tinggal tu ada pembinaan sikit." Tan Sri Syah tidak berkeras dengan anak gadisnya sebaliknya cuba berlembut. Kegarangan dan ketegasan bukan jalan penyelesaian yang betul. Sesetengah benda kita boleh bertegas, sesetengah benda itu pula kita perlulah berlembut.
Dia faham gadis belasan tahun itu cukup benci dengan pernikahan keduanya itu. Dia cukup arif akan perkara itu.
Syuhaila tetap berdegil untuk berdiri dan memeluk tubuh. Liya dan Asyraf memilih untuk hanya menjadi pemerhati sahaja.
"Syu...please." Mukhriz pula menyusun bicara ingin mengendurkan api kemarahan yang mula berura merecik kedalam diri Syuhaila.
"What? Abang, don't you have a feeling? Abang kita kena pertahankan hak kita. And Syu tak setuju langsung minah senget tu nak sekolah dekat sekolah Syu. Muktamad!" bentak Syuhaila lagi lalu segera melangkah meninggalkan suasana yang muram dimeja makan besar dan gah itu.
Puan Sri Syahida ingin membuntuti Syuhaila namun cepat-cepat dihalang oleh Tan Sri Syah. "Saya yang buat dia jadi macam tu, bermaksud saya yang kena betulkan kepada yang asal semula." Tan Sri Syah memberi kata putus. Hendak tak hendak Puan Sri Syahida mengalah dengan kata-kata suaminya. Dia kenal benar perangai anak gadisnya ketika dilanda 'anginnya' itu. Tidak rumah bergegar mungkin meja ni pun akan melayang.
YOU ARE READING
Cik Tengku Cinderella 👸
Любовные романыSebut sahaja nama gadis, Syuhaila Tan Sri Syah..pasti dikenali semua. Seorang gadis yang berperibadi mulia dan bijaksana. Kaya, cantik dan sebagainya. Gadis itu mendapat tawaran ke Universiti Warwick, United Kingdom. Dia perlu meninggalkan bumi Mala...