Arman melangkah masuk kedalam rumah banglo 3 tingkat milik keluarganya. Badannya lencun dibasahi peluh joging sebentar tadi. Kunci kereta dan I-phone 8 plus serta ear-phone diletakkan di meja island itu. Karipap dan kuih seri muka disajikan disitu berserta air kopi suam. Perlahan tangannya mencapai kuih karipap sebiji dan dikunyah. Fikirannya sedang melayang jauh dan dia terfikirkan seseorang. Gadis itu, gadis itu ada keistimewaannya yang tersendiri. Perempuan yang tidak cair saat melihat senyumannya dan marah kepada dirinya. One in million.
Seramai beribu-ribu orang diluar sana yang terserempak atau bertembung dengannya pasti akan cair melihat senyumannya namun perempuan itu. Sangat lain. Naluri lelakinya seakan cuba memberitahu satu tanda. Tanda apa, dia pun tidak pasti. Aneh. Pelik. Itu sedang dilayangkan di fikirannya saat ini.
Cantik. Ayu. Manis. Comel. The most beautiful person in the whole world, accept my mom. Semuanya terletak kepada perempuan yang telah dilanggarinya tanpa sengaja itu. Dia sudah angau barangkali. Tetapi agak mustahil dan sukar dipercaya.
"Haih, anak umi ni dari tadi umi tengok asik termenung aje. Termenungkan siapa tu?" Datin Aliya menyapa anak lelaki tunggalnya itu. Bahu itu ditepuk sebelum dirinya melabuhkan punggung disebelah anaknya. Arman agak terkejut apabila ditegur sebegitu pantas berpaling mencari wajah manis uminya. Salam dihulurkan.
"Tak adalah, umi. Tiada siapa pun. Saja jer. Ni umi ada dekat sini, abah mana?" Arman membalas kata-kata bondanya. Senyuman dilemparkan buat insan yang tersayang.
"Abah kamu? Officelah lawannya. Hrmm.." rungut Datin Aliya lalu membuang pandang ke arah luar dinding kaca itu.
"Hehehe. Umi rindu abah ye?" Arman menyakat uminya sambil menjongketkan kening. Memaparkan lagi kekacakan wajahnya.
"Ada-ada ajelah kamu ni, Arman. Sudah lah, umi nak naik atas. Lagi satu, kamu tu tak mandi lagi kan? Patutlah busuk semacam saja baunya. Pergi mandi cepat." arah Datin Aliya sambil menjeling anak lelakinya itu. Setelah itu, dia berlalu pergi.
"Okey...." meleret jawapan Arman sambil menghabiskan karipap itu. Kunci kereta, handphone dan ear-phone diambil.
🌸🌸🌸🌸🌸
Arman memulas tombol pintu biliknya. Bilik yang berwarna Hitam dan putih menjadi pilihan hatinya. Bilik itu tampak kemas, maskulin dan ringkas yang hanya terdapat bilik air, meja belajar, katil saiz king, TV led 32 inci, almari buku, aircond berjenama daikin, almari pakaian yang besar, balkoni ,dua buah sofa panjang berserta satu meja bulat kecil dan satu tempat penyangkut tuala disudut bilik.
Arman menelefon rakannya lalu segera mengajaknya keluar bersama. Telefon dilempar ke atas katil dan segera melangkah ke dalam bilik air.
Arman segak dengan hanya berpakaian, T-shirt putih yang dilapisi jaket kulit nipis berwarna hitam, seluar jeans levis hitam, kasut berjenama terkenal dan cermin mata Ray Ban edisi terhad disangkut dikolar jaketnya. Tampak kacak dan hensem. Kunci kereta Rolls-Balance kegemarannya diambil. Telefon dan lain-lain turut sama disimpan didalam poket jeansnya. Arman laju meninggalkan perkarangan rumah banglo 3 tingkat itu dan menuju ke destinasi yang telah dijanjikan.
🌸🌸🌸🌸🌸
"Macam tulah ceritanya, geram betul aku dengan mamat tulah. Boleh pulak buat muka selamba dia tu! Geramnya, geramnya, geramnya!!!" luah Syuhaila sambil Liya menepuk lembut belakangnya bagi cuba mengurangkan kemarahan Syuhaila. Aiskrim baskin robbins berperisa oreo itu dikacau hingga menjadi cair bagi menunjukkan protesnya.
"Jap, kau kata tadi dia ada bagitahu nama dia dekat kau kan? Dan kau kata dia hensem kan? Apa nama dia?" tanya Liya bertalu-talu. Pandangan diarahkan pada Syuhaila semata-mata.
YOU ARE READING
Cik Tengku Cinderella 👸
RomanceSebut sahaja nama gadis, Syuhaila Tan Sri Syah..pasti dikenali semua. Seorang gadis yang berperibadi mulia dan bijaksana. Kaya, cantik dan sebagainya. Gadis itu mendapat tawaran ke Universiti Warwick, United Kingdom. Dia perlu meninggalkan bumi Mala...