BAB 25

236 17 0
                                    

"Mama!" Syuhaila meluru masuk ke dalam rumah agam besar itu lalu merangkul tubuh Puan Sri Syahida dari belakang. Puan Sri Syahida mengulum senyum, segala penat lelah sewaktu pesawat membelah awan tadi terasa hilang serta-merta. Tujuh hari yang lalu dia perlu ke Sweden untuk uruskan perniagaannya disana.

Terus tubuh langsing Syuhaila dipeluk juga. Rindu yang membaluti tubuh semenjak tujuh hari yang lalu terbang dibawa angin petang.

"Sayang, anak mama. Syu sihat?" tanya Puan Sri Syahida sambil mengusap rambut hitam lebat Syuhaila manja. Rambut itu dibelai dengan penuh kasih sayang. Rambut inilah yang selalu disikat sewaktu Syuhaila ingin ke tadika, setiap hari. Sehingga kini, tradisi itu tetap utuh dalam kehidupan Syuhaila. Dia mahu ibunya yang menyikat rambutnya.

"Sihat, Alhamdulillah. Ma, Syu penat tau dua tiga hari ni. Kerja dekat office banyak sangat. Bahu ini sampai nak tercabut dah." rengek Syuhaila dengan nada manja. Siapa lagi tempatnya ingin bermanja kalau bukan mamanya sendiri? Kepalanya dilentokkan pada bahu Puan Sri Syahida. Ketawa Puan Sri itu dibuatnya apabila melayan kerenah manja si anak dara. Sudah berumur 26 tahun, tetapi masih ingin bermanja. Bahu Syuhaila dipicit perlahan oleh Puan Sri Syahida. Mama's massage is the best!

"Kalau Syu ada suami sekarang ni, boleh suami tolong picitkan." Puan Sri Syahida sengaja menduga, mahu melihat reaksi anak kesayangannya. Syuhaila memejamkan matanya, posisinya kekal membatu. Apabila tengok anaknya yang terlelap itu...Puan Sri Syahida malas mahu bertanya lebih, turut mengunci mulutnya juga.

"Syu bukan tak nak cari calon suami. Tapi...Syu dah serik, ma. Dah serik kena koyak hati ni. Dah serik dipermainkan, jadi bahan mainan orang. Besides, I don't really satisfied with you, my only one mama!" Lama berdiam diri, Syuhaila mula bersuara. Risau jika perbuatannya bakal mengguriskan hati si ibu. Sedih apabila dipermainkan, tetapi situasi yang dilaluinya saat ini, bukanlah dipermainkan..entahlah bagaimana mahu dijelaskan dengan kata-kata.

Apa yang dia tahu, dia sakit. Gadis yang selama ini menjadi pujaan ramai lelaki diluar sana, tewas pada seorang lelaki yang bernama Muhd Arman...juga lelaki yang menjadi igauan ramai gadis.

"Mama faham anak mama yang sorang ni. Banyak sungguh songehnya." Puan Sri Syahida memeluk bahu Syuhaila. Dia tidak mahu memaksa apatah lagi mendesak. Syuhaila adalah tanggungjawabnya dan suaminya bersama. Itu adalah amanah tuhan yang satu. Mukhriz sudah kahwin malah isteri Mukhriz juga sedang sarat. Tetapi Syuhaila tidak lagi. Calon pun belum tentu ada lagi.

"Syu, mama harap Syu dapat fikirkan pasal majlis tunang Syu tu. Fikirkan balik ya sayang. Please make your own decision, Syu." berharap benar nadanya membuatkan seorang gadis berjiwa lembut seperti Syuhaila jatuh tersungkur.

"Okey." dia juga harus berubah, tidak mahu mengingati peristiwa lalu. Malas mahu menyakitkan hati yang sudah sedia sakit dengan perbuatan orang. Baik dia menerima orang baru dalam hidupnya.

"Good girl! Macam ni lah anak mama. Obey to your parents." Puan Sri Syahida bangga dikurniakan anak seperti Syuhaila, patuh segala arahannya tanpa sebarang bantahan.

🌸🌸🌸🌸🌸

"Arman, Mari sini sekejap. Umi dengan abah nak cakap sikit ni." panggil Datin Aliya seraya menggamit si anak teruna agar mendekatinya. Arman yang baru pulang dari kerja dengan muka keletihan patuh juga akan arahan uminya terus duduk bertentangan dengan Datin Aliya manakala Datuk Arif memilih untuk duduk di kerusi lain.

Cik Tengku Cinderella 👸Where stories live. Discover now