Syuhaila mendengus kecil. Kenapa dia perlu hadir disaat seperti ini? Tidak bolehkah dia memberikan sedikit waktu untuk aku melupakan dia? Walaupun sakit, aku tahu aku mampu! Syuhaila merintih. I-phone X kesayangannya berbunyi menandakan ada mesej yang baru masuk.
Abang ❤:
Assalam, adik! Abang dengar Raf dah balik. Betul ke? 😄You:
Waalaikumslm, Macam betul jer 😑Abang ❤:
Kenape ni? Masih ingat cerita lama lagi? Dah lahtu, dik. Lupakan. Bukak buku baru jelah. 😥You:
Abang cakap memang senang, yg nak melupakan, adik! Bukan Abang! 🔥Abang ❤:
Entahlah adik. Abang dah nasihat yg terbaik dah..tak tahulah kalau adik tak nak dengar lagi. 😤You:
Bukannya adik sengaja tak nak dengar abang. Abang cubalah faham situasi adik ni. Dia yang tinggal adik. Dia yg nak adik menderita. He get it! 😠Abang ❤:
Takpelah dik. Kalau adik nak pilih jalan untuk berdendam. Ape yang abang boleh buat kan? Okeylah tu je, Assalam.You:
Waalaikumslm..💕(✔)Bluetick sahaja yang cuma diberikan oleh abangnya. Syuhaila baru tersedar dia sudah sampai ditingkat tiga kediamannya. Gadis jelita itu melepas pandang ke arah taman bunga yang dipagari dinding kaca. Tampak eksklusif dan mewah. Didalam dinding kaca itu terdapat bunga matahari, orkid, bunga raya, dan pelbagai lagi. Ruangnya juga sangat luas. Syuhaila tersenyum lalu melangkah masuk ke dalam dinding kaca itu.
Berjalan sahaja ke depan ada simpang empat. Disebelah kanan terdapat bunga-bunga yang berwarna pink dan disebelah kiri pula terdapat bunga yang berwarna putih dan kuning. Dihadapannya terdapat bilik stor yang menempatkan baja, pasu, air dan segala peralatan berkebun. Ditengah-tengah simpang itu terdapat meja bulat kristal. Ada empat buah kerusi kesemuanya.
Syuhaila menempatkan dirinya disalah sebuah kerusi mewah itu. Bau harum dan segar menyerbu rongga hidung membuatkan dirinya terasa damai sekali. Harini hari pertama sekolahnya bercuti sempena cuti pertengahan tahun. Oleh itu bolehlah dia berehat sepanjang cuti sekolah.
YOU ARE READING
Cik Tengku Cinderella 👸
RomanceSebut sahaja nama gadis, Syuhaila Tan Sri Syah..pasti dikenali semua. Seorang gadis yang berperibadi mulia dan bijaksana. Kaya, cantik dan sebagainya. Gadis itu mendapat tawaran ke Universiti Warwick, United Kingdom. Dia perlu meninggalkan bumi Mala...