Teaser 3 (versi baru)

1.8K 58 5
                                    

"Kalau awak rasa cara ni boleh pujuk saya, saya sarankan awak cari cara yang lebih baik. I'm not that kind of guy."

Terkedip-kedip Qaisara memandang suami yang berwajah masam mencuka. Dia menyimpan tawa di dalam hati.

'Bukan jenis lelaki yang macam tu konon. Habis yang tengok dada aku macam aku tak pakai baju tu, kenapa?'

Mahu sahaja Qaisara menempelak begitu tetapi mengingatkan darjatnya sebagai isteri Hadif, maka dibiar kata-kata sekadar bergema di dalam hati.

Lambat-lambat dia bergerak ke belakang suaminya.

Hadif menoleh sedikit, merasakan Qaisara rapat di belakangnya. Dia pegun ketika lengan Qaisara melingkari batang lehernya. Bertambah tidak tentu arah ketika bibir Qaisara melekat lama di pipi kanannya. Hangat.

"Happy birthday to the man of my life, the king of my dreams and the mate of my soul. Happy birthday, abang. Sara sayangkan abang. Sara harap abang sudi bagi Sara peluang untuk perbaikki hubungan kita."

Hadif terkaku. Anggota tubuh lumpuh terus. Benteng teguh yang dibina mencair sekelip mata. Tiga perkara yang menenggelamkannya dalam lautan terharu. Pertama, kejutan sempena hari lahirnya yang dia sendiri lupa. Kedua, ucapan Qaisara yang mengangkat kedudukannya sebagai suami. Dan terakhir, panggilan Qaisara. Panggilan yang mencerminkan hormat dan dalam masa yang sama menggambarkan kasih dan sayang.

Beralih ke pipi kiri Hadif, Qaisara tidak sedar air matanya membasahi wajah suami. Kasih, rindu dan rasa bersalah berlumba-lumba mengejar. Segala-galanya berpusar pada Hadif, lelaki yang berada dalam dakapannya.

"Bimbing Sara keluar dari masa lalu. Jangan tinggalkan Sara kat situ. Sara tak nak keseorangan sebab Sara ada abang. Hanya abang."

Mendayu-dayu suara Qaisara bersulam sendu ikut menjentik emosi Hadif. Sebak. Sepasang matanya berkaca. Batin wanita yang bernama Nur Qaisara ini menderita kerananya. Jika dulu dia yang menyebabkan si jantung hati Qaisara pergi buat selama-lamanya. Hari ini dia yang menyebabkan Qaisara menangis dengan tingkahnya yang tak berperasaan.

Bagaimana dia tegar mengasak si isteri melupakan bekas tunangnya padahal dia yang menyebabkan lelaki itu hilang selamanya?

Lengan Qaisara yang terkulai di dadanya digenggam. Kepala Qaisara yang menangis di ceruk lehernya dipaut penuh kasih.

"Thanks, sayang. Thanks for this sweet surprise. I really appreciate it."

Kekasih Semalam [TERBIT]Where stories live. Discover now