Teaser 4 (versi baru)

1.8K 60 8
                                    

"Apa yang perlu abang buat untuk pastikan Sara berhenti menangis?" Kucupannya singgah di ubun-ubun Qaisara. Rambut separas bahu yang ditocang senget itu diusik-usik dengan jari. Comel sahaja. Nampak seperti anak-anak remaja.

"Cuddling with you would be perfect right now." Sengaja Qaisara menyembamkan muka di dada bidang milik suami. Menghirup aroma maskulin yang terbit dari tubuh Hadif bercampur dengan haruman cologne-nya. Bau kegemaran sejak Hadif menjadi miliknya yang sah.

Senyuman Hadif memekar di sebalik ubun-ubun Qaisara. Rangkulan di tubuh isteri diketatkan. Kalau Qaisara rindu, dia pun dihimpit rasa yang sama. Tidak betah berlama-lama mogok suara. Padahal dia teringin sekali memeluk dan membelai Qaisara seperti malam-malam sebelumnya.

"Tapi abang laparlah, sayang. Perut dah berbunyi ni."

Lenyap terus sendunya teringatkan agenda utama. Pantas dia melompat turun dari riba suami. Duduk bertentangan Hadif, Qaisara pantas mengatur semula makanan di hadapan lelaki itu. Dia hanya mengekeh malu bila kotak tisu dihulurkan kepadanya.


"Orang lain menangis, pipi abang yang basah." Mengikut tingkah Qaisara, Hadif turut mengesat pipinya yang dicemari sisa tangisan si isteri.

Qaisara tersenyum senang.


"Abang tak pasti siapa yang cakap, tengok senyuman orang yang kita sayang tu dah cukup mengenyangkan sampai terlupa nak makan. Tapi abang tak setuju langsung dengan statement tu. Perut abang still lapar aje walaupun Sara senyum pada abang."

Bingung seketika mencerna maksud rungutan Hadif sebelum Qaisara tertawa lepas.

"Oh, abang perli Sara?"

"Mana ada! Abang cakap benda yang betul. Kita makan ya? Lapar ni dari tengah hari tak makan."

Kekasih Semalam [TERBIT]Where stories live. Discover now