Teaser 9

2.2K 50 11
                                    


“Walaupun kita baru kahwin tapi Sara buat abang macam nak give up

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


“Walaupun kita baru kahwin tapi Sara buat abang macam nak give up.”

Qaisara tersentak. Spontan kolam mata yang bertakung melimpah jatuh ke lantai. Hatinya bagai disayat-sayat. Dilapah setiap bicara Hadif yang menghiris.

“Dulu abang fikir, mungkin lepas kahwin dengan abang, Sara akan lupakan dia. Tapi rupa-rupanya abang silap. Aariz tetap nombor satu dalam hati Sara. Ya, abang sedar abang tak sebaik dia. Abang banyak kekurangan dan kelemahan. Tak ada ruang di hati Sara untuk abang.”

Kali ini air mata diiringi suara sendunya. Meloloskan diri dari cengkaman suami, pantas pinggang Hadif dirangkul erat. Kejap seperti tidak mahu melepaskan lelaki itu lagi.

“Janganlah cakap macam tu. You make me feel worst. Sara sayangkan abang. Sebab tu Sara nak kahwin dengan abang.”

Senyuman lirih teroles di bibir. Rambut Qaisara dielus perlahan sebelum Hadif mendaratkan dagunya di atas ubun-ubun si isteri. Pinggang Qaisara dipaut lembut.

“Sedar tak dari dulu Sara tak pernah cakap yang Sara cintakan abang? Sara hanya setakat sayangkan abang tapi belum sampai tahap cinta.”

***
Tinggal berapa hari aje lagi sebelum pre order ditutup. Jom order cepatttt

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 01, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kekasih Semalam [TERBIT]Where stories live. Discover now