" Sana "Aku mengangkat wajahku perlahan. Alangkah terkejutnya aku saat melihat tuan empunya suara tersebut.
"Ibu?Sana tak bermimpi kan? Ini memang ibu kan?"
Wajah ibu yang kelihatan tenang dan bahagia itu aku tatap penuh kasih-sayang buat kali yang kedua.
" Ya,ini ibu kamu, Sana. Ibu kat sini sebab nak bantu kamu."
Ibuku menuding jari telunjuknya ke arah cincin emas putih bertatahkan berlian yang aku pakai sekarang. Aku pandang wajah ibu kembali .
"Apa yang ibu nak sampaikan?"
"Kamu cuma ada satu peluang untuk baiki balik hidup kamu . Ingat pesan ibu, satu peluang sahaja,"
"Ibu, Sana takut kalau sana akan hilang jugak macam apa yang terjadi pada ibu dulu,"
"Kamu nak tahu apa kesilapan ibu? Ibu putar kembali masa namun ibu tidak ada keberanian untuk mengubah hidup ibu tapi kamu lain, Sana. Kamu orang yang terpilih untuk menggunakan cincin ini "
"Ibu pasti?" soalku dengan alis yang berkerut. Ibu mengangguk lalu mengulum senyuman tipis. Rambutku diusap dengan lembut dan penuh kasih.
"Ibu cuma inginkan kebahagian kamu dengan Guan Lin. Hanya dia yang mampu membuat kamu gembira. Jadi gunakan kuasa tu dengan sebaiknya. Kamu cuma hanya ada masa 3 bulan sahaja."
"Kalau dalam masa 3 bulan tu , Sana tak dapat memikat dia macam mana?"
"Kamu akan hilang daripada masa lalu. Dan yang lebih teruk lagi, memori Guan Lin tidak akan pernah terpadam . Bayangkan, apabila seorang manusia tidak dapat melupakan orang yang dia sayang dan orang yang sudah tiada di sisinya. Cincin ni bukan anugerah tapi satu sumpahan untuk keturunan kita." jawab Ibu aku supaya aku bertenang.
"Baiklah ibu, Sana akan cuba memikat Guan Lin dalam masa 3 bulan," kata aku dengan penuh tekad.
"Sekarang, tutup mata kamu sambil memakai cincin tersebut.
Ibu sudah sediakan semua keperluan kamu sewaktu berada di sana. Selepas cincin dipakai , bayangkan kamu sedang memegang sebuah jam randik. Jam itu akan bergerak dan kamu akan mengembara ke masa lalu . Ingat, cuma tiga bulan purnama sahaja "***
" Lin . . . Pergi ! ! ! "
Bang !
Belum sempat Guan Lin berlari ke arah perempuan itu , perempuan tersebut sudah rebah menghadap bumi.
Bang !
Satu lagi das tembakan dilepaskan .
Darah makin banyak seperti tidak dapat dihentikan pengalirannya .
" Lin . . . "
Sebelum perempuan tersebut menutup matanya,itulah perkataan terakhir yang disebut oleh wanita misteri itu .
Guan Lin seakan kaku . Kakinya tidak mampu bergerak sedikitpun .
Dia tidak mengenali perempuan itu tapi kenapa dia seakan penting buatnya?
Mata sudah berpinar. Kepalanya mula rasa pening. Mungkin juga akibat pukulan lelaki yang berpakaian serba hitam itu .
"Sana!" jeritnya sebelum rebah mencium tanah yang wangi baunya.
Guan Lin tersedar daripada mimpi ngerinyam
YOU ARE READING
[C] My Future Wife | Minatozaki Sana
FanfictionDemi menyelamatkan hubungan rumah tangga mereka , Sana mengambil keputusan untuk kembali ke masa lalu dan mengubah permulaan kisah cinta mereka Berjayakah dia memikat Guan Lin semula ? Atau masa depan tetap tidak akan berubah ? [Reedit ff] 100% my...