1 -MISS ARROGANT

2.4K 123 2
                                    

Kayla pov

High heels hitam aku ambil dan pantas aku sarung ke kaki. Tidak lupa juga hand bag LV di pegang kemas.

Aku mengatur langkah ke Ford Mustang kuning kesayanganku. Seusai enjin dihidupkan aku pandu terus ke Eastardom.

Sedang asyik memandu, tangan aku mendail nombor Diana. Earphone dipasangkan di telinga. Sesekali aku melihat cermin sekilas untuk memastikan wajah dan rambut aku perfect.

Kedengaran suara Diana di hujung talian.

"Yow Miss Dawnson, kau di mana?"soal Diana.

Aku membetulkan sunglasses.

"Almost there, you silly. Tunggu aku di parking lot."jawabku sambil jari menolak signal kereta apabila hampir tiba di simpang.

Namun ada sebuah Ducati hitam memintas kereta aku dan aku sempat menekan brek mengejut sebelum melanggar motor itu.

"Oh my gosh, my baby!"

Aku menanggalkan earphone dan terus keluar dari kereta untuk melihat kereta aku. Orang yang menaiki motor itu langsung aku tidak endahkan.

"Damn my bike! Urghh. Shitt!"

Aku memandang sekilas gerangan yang telah aku langgar. Dia berjalan ke arahku sambil mahu membuka helmetnya. Aku undur ke belakang perlahan-lahan. Tak mungkin dia mahu pukul aku guna helmet itu.

Dia mengukir senyuman sinis kepada aku. Aku hanya tersenyum kelat. Rambutnya berwarna coklat dan matanya berwarna biru itu aku pandang sekilas.

"Aku malas nak panjangkan cerita, aku rasa kau mampu nak bayar ganti rugi motor aku ni. Tengok gaya macam orang kaya."katanya sambil memandang aku dari atas ke bawah.

Aku memandang tag yang tergantung di lehernya. Dia pelajar Eastardom juga. Dan namanya Michael Logan. Aku memutar bebola mata. Dia tidak kenal aku? Ada lagi orang di Eastardom yang tidak kenal aku? Dari mana dia ni muncul? Zaman batu maybe? So now dia mahu aku bayar ganti rugi. Yes memang aku mampu. Tapi sebab dia tidak kenal aku, buat aku terasa seperti dihina di sini.

"Kau student Eastardom dan kau tak kenal aku?"senyuman sinis aku berikan kepadanya.

"Perlu ke aku kenal kau? Now aku nak kau bayar ganti rugi motor aku. Aku kerja siang malam nak dapatkan dia."kata lelaki itu sambil berpeluk tubuh.

Did he said that on my face? Perlu ke dia kenal aku? Gosh this dude. Betul ke dia ni memang tak kenal aku? Satu Eastardom kenal Kayla Dawnson, hottest girl and the most beautiful girl in college. Who the hell is he? Erghh, aku malas betul nak hadap lelaki bengap macam ni.

"Kau kerja siang malam? None of my business. Just give me a call later, aku perlu pergi. Aku dah lambat. See ya later Mr. Hardworker." aku memberinya kad peribadi aku lalu aku terus masuk ke dalam kereta semula.

Seusai itu aku terus pandu ke Eastardom semula. Lantak kau lah. Beraninya kau tak kenal siapa Kayla Dawnson. And now itulah yang kau dapat dari aku. Cukup baik aku tinggalkan kad untuk kau, Michay.. Micha.. Apa-apa jelah. Aku terus lupa namanya.

Aku menoleh sekilas cermin sisi, dia masih lagi berdiri di situ sambil memerhati kereta aku pergi. Mungkin dia tidak percaya bahawa aku tinggalkannya begitu sahaja.

Aku tiba di Eastardom. Kelihatan Diana sedang berdiri sambil bercekak pinggang memerhati aku. Aku keluar dari kereta selepas aku selesai parking baby aku.

"Almost there kau memang setengah jam kan? Apa kau buat Kayla sampai lambat macam ni? Aku tunggu lama, ya damn girl. Geez."Diana menjeling aku.

BEAUTIFUL ANGELWhere stories live. Discover now