Michael pov
Pada mulanya memang aku tidak berkenan dengan Kayla Dawnson, tapi selepas kejadian tempoh hari aku dapat rasakan Kayla seorang yang baik sebenarnya.
Mungkin ada sesuatu yang menyebabkan dia bertindak sebegitu. Aku boleh nampak keikhlasan di sebalik air mata Kayla. Hati aku tersentuh apabila melihat dia menangis. Aku mahu bantu dia! Itulah apa yang aku rasa waktu itu.
Kata orang kita kena ada ego sedikit dalam diri kita. Jadi tiada masalah rasanya kalau aku mahu dibayar. Well, we need money, bro. Lagi-lagi dengan keadaan aku yang tidak berduit ni.
Back to Kayla. Diana sudah cerita semuanya mengenai Kayla. Aku tidak kenal diri Kayla yang sebenarnya. Itu yang Diana katakan. Diana mahu aku masuk ke dalam dunia Kayla. So complicated. Susah sebenarnya nak berkawan dengan bekas musuh kau.
Oh ya, aku dan Kayla sudah berbaik. Tapi! Bukan bermakna kami dah rapat. Aku cuma jalankan tugas aku bila ada Jack sahaja. Masa itu lah perangai gedik Kayla keluar. Rasa nak hempok je kepala dia tu.
"Bro, aku macam mahu pergi camping esok. Kau nak ikut sekali? Kalau nak aku book bilik siap-siap."
Aku tersedar dari lamunan apabila Dylan mengajukan soalan. Camping? Why not? Dah lama rasanya tak camping.
"Tapi kau mesti bawa Celine. Aku macam mana?"
"Joseph pun ada. Jangan risau."jawab Dylan.
Joseph? Masak lah aku kena bahan dengan dia nanti. Dah dua keparat ni bersatu, memang kalah lah aku.
"Alright. Tapi kenapa mesti esok?"
Dylan sudah tersengih bagai kerang busuk. Oh I knew the reason now!
"Of course because I miss my baby."
"Jerk."
Bergema ngilaian ketawa di ruang tamu. Joseph turun ke bawah dan terus lompat ke atas sofa. Hampir sahaja dia terpijak kaki aku. Haih.
"So kau ikut sekali, Micha?"soal Joseph.
"Nampak gayanya macam itu lah. Kenapa?"
"I should ask my Diana join us too."
"What ever. Yang pasti aku nak konker satu bilik."kataku.
Joseph melekapkan smartphone di telinga.
"Hi cutie Diana. Esok ada plan nak ke mana-mana? Or kau terperap di rumah sahaja?"
"Awh you love your room that much huh? Jadi apa kata kau join kami camping?"
"Alright. Of course boleh. Itu lah peluang yang kita ada."
"Okay jumpa esok. Love you cutie."
Mata aku tertumpu ke siaran televisyen. Joseph datang ke sebelah Dylan dan berbisik sesuatu. Lepas itu mereka ketawa terkekek. What the hell?
"Apa lagi yang kau rancang, Joseph?" soalku.
"Suprise."
Suprise? Kalau kau buat benda bukan-bukan, siap kau, Joseph. Aku tahu kepala kau tu tak betul sangat.
"I love suprise, Joseph. I can't wait."
Aku memutar bebola mata lalu terus naik ke tingkat atas. Joseph dan Dylan ketawa terbahak-bahak.
***
Kayla pov
"Give me one mojito. Diana?"
"For me? Emmm one Mint Blossom."
"Alright. Itu sahaja. Thank you."
YOU ARE READING
BEAUTIFUL ANGEL
Teen FictionC O M P L E T E D -The Great Writer Novaestar Award 2018- Maaf, ini bukan kisah cinta seperti di slot Akasia TV3 pukul 7 petang. Dan yang paling penting, waktu solat maghrib anda tidak akan terganggu. Ini adalah kisah cinta remaja, persahabatan dan...