12 -HER KILLER SMILE

663 54 1
                                    

Michael pov

Cuti semester sudah tiba. Semua pelajar Eastardom yang tinggal di rumah sewa akan pulang ke rumah ibu bapa masing-masing. Tapi tidak aku, aku tiada ibu bapa.

Dylan sudah balik ke rumah agam keluarga Robert. Nasib ada Joseph menemani aku di sini. Aku pun hairan kenapa Joseph mahu stay back.

Mungkin dia takut merindui Diana. That shit always had crazy brain in his head. Hampir semua yang dia lakukan tidak masuk akal.

Tokk.. Tokk..

Pintu bilik diketuk. Joseph masuk ke dalam.

"Sejak bila kau pandai ketuk pintu? Selalunya main rempuh je."

"Sejak aku akan jadi ayah."jawab Joseph sambil tersenyum sinis.

"A-ayah?"

Kepala aku kembali memproses perkataan ayah yang dikeluarkan Joseph. He's going to be father?

"Ya, bro! Diana pregnant! I'm going to be father soon."

Joseph menari di dalam bilik. Aku masih terlopong memandangnya. Diana pregnant?

"Kau tak main-main kan? Aku tahu ini muslihat kau nak bohong aku sahaja."

"Betul lah. Aku tak bohong! Tak percaya baik kau hubungi Kayla. Aku yakin Diana dah bagi tahu dia."

Aku tergamam. Kami baru sahaja habis semester 3. Dan kini Diana hamil. Joseph akan jadi seorang ayah.

Joseph melompat sambil bersorak. I can't believe this shit! Dunia akan bergegar dengan kehadiran Joseph dan Diana Junior!

Congrates, bro!

***

Aku duduk di atas seat Ducati hitam milik aku setelah tiba di hadapan rumah Kayla. Smartphone dikeluarkan dan aku segera menghubunginya.

Tutt tutt.. Tutt tutt..

Panggilan telah disambungkan.

"Hello."suara Kayla kedengaran sedikit mamai. Mungkin dia baru bangun tidur.

"Hi sweetheart. Boleh pergi ke tingkap bilik kau sekejap?"

"Untuk apa?"

"Awh just go, Kayla."

"All right, wait a second."

Aku segera memandang ke arah tingkap biliknya. Langsir diselak dan Kayla muncul di situ.

"Michael, what are you doing here?"soal Kayla sambil tersenyum lebar ke arahku.

"Aku rindu kau. Kau nak aku panjat naik bilik kau atau kau turun ke bawah?"aku menyoal sambil memberi kenyitan mata kepadanya.

"Don't you dare! Tunggu di sana. Aku akan turun. Give me five minute."

"Wait wait! Pakai jeans, Kayla."

"Jeans?"

"Takkan kau nak pakai skirt naik motor aku?"

"Fine! Aku tukar sekarang. Bye."

Aku tersengih. Kayla sudah hilang dari tingkap biliknya. Sukar untuk aku percaya, aku dan Kayla sudah bercinta. Dulu bukan main lagi, kami bagai anjing dan kucing. Sebab kau, Monica. Kami berjumpa. Aku mengusap motor aku.

Kayla juga sudah berubah sekarang, dia lebih berdiam dan cara dia bertutur juga lain. Aku seperti berhadapan dengan orang lain. Kayla menjadi seorang yang lemah lembut. Dan tiada perkataan kasar keluar dari mulutnya.

Selepas beberapa minit, pintu pagar rumahnya terbuka. Aku segera berdiri. Honda CRV putih keluar dari rumahnya dan dipandu seorang lelaki yang agak berusia. Mungkin itu Mr Dawnson. Lelaki itu tersenyum memandang aku. Aku juga membalas senyumannya itu.

BEAUTIFUL ANGELWhere stories live. Discover now