25 -LEMME KILL THIS BASTARD

452 26 0
                                    

Michael pov

Final Exam semakin hampir. Aku perlu mencapai target buat kali terakhir. Ya know right, aku dapat masuk Eastardom pun sebab biasiswa. Sia-sia jelah kalau aku gagal exam terakhir ni.

What? About Kayla? Aku dah lama tak hubungi dia dan dia pun sudah diamkan diri. Aku tahu dia sedang bersedih. Sejak kejadian hari itu, dia sudah tidak lagi berbual dengan aku.

Aku bagaikan tunggul jika kami melepak bersama yang lain. You deserved that, Michael. Good for you, itu yang kau mahu bukan? So don't ask why, dude. Kau yang buat dia seperti itu.

Smartphone di atas meja bergetar. Yaa, I set it up on silent mode. Aku perlu belajar sekarang. Aku tak mahu diganggu.

Buku ditolak ketepi. Aku mencapai smartphone dan melihat skrin smartphone yang sudah bercahaya. Joseph called me. Ada apa ya? Skrin ditolak ke kanan lalu smartphone dilekapkan ke telinga.

"Yes, dude?"

"Micha! Kau sedang buat apa?"soal Joseph di hujung talian.

"I'm studying right now. Ada apa ni?"

"Oh good. Datang ke rumah aku, kami sedang buat study group di sini."

"Boleh tak kalau aku tak datang ke sana? Aku sedang malas sekarang."

"Just come here, idiot."

"All right, fine. Aku ke sana."

"Good. Okay, bye, Micha."

Talian dimatikan. Aku bersandar di kerusi study. Lirikan mata beralih ke jam dinding. Almost 8pm now. Aku terus masukkan buku ke dalam beg sandang. Kunci motor diambil lalu aku keluar dari bilik.

Semasa hendak menuruni tangga, aku lalu di hadapan bilik Dylan. Biliknya gelap. Ke mana dia sekarang? Date dengan Celine maybe.

Kaki terus menuruni tangga. Helmet dicapai dan bingkas menyarungkan ia ke kepala. Pintu rumah dibuka lalu dikunci selepas aku keluar.

Enjin Monica dihidupkan. Aku bingkas duduk di atasnya. Motor menyusur ke atas jalan raya selepas keluar dari kawasan rumah.

Setelah 10 minit meredah jalan raya, aku tiba juga di rumah Diana dan Joseph. Usai memarkir motor di dalam perkarangan rumah mereka, enjin dimatikan serta helmet ditanggalkan. Lirikan aku beralih ke arah sebuah kereta berwarna biru. Kereta siapa pula ni? Aku bingkas menapak ke pintu rumah. Loceng ditekan dua kali.

"Coming!"kedengaran suara Joseph di dalam. Pintu dibuka besar.

"Micha! Kau dah datang. Masuk masuk."

Aku memberi senyuman kelat lalu menapak masuk ke dalam. Aku mengikuti Joseph ke ruang tamu. Tiba sahaja di ruang tamu, lirikan aku berhenti ke arah seseorang.

Kayla Dawnson. Dia ada di sini juga. And what the hell is this? Siapa pula lelaki di sebelah Kayla itu?

"Micha! You're here."sapa Diana.

Aku memandang Diana. Kayla dan lelaki itu turut memandang aku. Apa semua ni? Aku menapak ke belakang lalu menarik Joseph jauh dari situ.

"Micha. Apahal ni?"soal Joseph. Aku melepaskan baju Joseph serta mata memandangnya tepat.

"Apa semua ni? Kenapa Kayla boleh ada di sini? And who's that jerk?" soalku bertalu-talu.

"Hold on. Diana yang ajak Kayla. Kau pun tahu Kayla tu bestfriend dia. And lelaki itu, dia datang bersama Kayla. Her new boyfriend maybe."jawab Joseph.

Aku terdiam seketika. Pheww, Kayla dah jumpa peganti aku? Too fast, huh?

"Sudahlah Michael. Kita lupakan benda yang dah lepas. Lagi pun kau yang mahu dia lupakan kau. She already did what you want, dude."tambah Joseph lagi.

Bunyi loceng kedengaran. Joseph menggelengkan kepalanya lalu melangkah ke arah pintu. Apa yang aku perlu lakukan sekarang? It's too akward.

"Dylan, masuk masuk. Celine mana?"

"Dia tidak sihat sekarang."jawab Dylan.

"Ahhh come on. Aku tahu kau sedang menipu."

Thanks, god. Dylan ada di sini. At least aku ada geng. Kami menapak ke ruang tamu.

Aku mengambil tempat di hadapan lelaki itu. Dylan pula duduk di hadapan Kayla. Aku memandang ke arah mereka. Kayla memeluk lengan lelaki itu. Apa kau buat sekarang ni, Kayla? Kau memang saja nak buat aku cemburu kan?

"Ssup bro, aku Dylan Robert."Dylan hulur tangannya ke arah lelaki itu.

"Adrian Victor."jawab lelaki bernama Adrian itu.

Mereka bersalaman. Lalu Adrian menghulur tangannya kepada aku pula. Aku menyambut huluran itu serta senyuman kelat aku berikan.

"Michael Logan."

"Ad, aku tak faham soalan ni. Kau boleh ajar aku?"Kayla mula bersuara.

"Yang mana?"soal Adrian. Aku memandang mereka sambil mengetap gigi.

This is annoying. Aku benci berada di dalam keadaan seperti ini.

"Guys, kalau nak minum atau snek, boleh ambil di meja di sana, ya?"kata Diana.

Diana melabuhkan punggung di sebelah Kayla dengan berhati-hati. Perut dia sudah membesar. Beberapa bulan sahaja lagi dia akan bersalin.

Joseph pula jaga Diana dengan penuh kasih sayang. Mereka tidak sabar menunggu si kecil keluar. No, no. Bukan mereka sahaja, malah kami pun sama. Mesti si kecil banyak mulut seperti ibu dan ayahnya.

"Ad, kepala aku sakit. Urghh, it's hurt."rintih Kayla.

Aku terus tersedar dari lamunan. Kaki aku secara automatik mahu bangun dan pergi kepada Kayla namun terhenti begitu sahaja. Adrian ada bersamanya. Kayla sudah tidak perlukan kau, Michael.

"Kayla, are you okay?"soal Adrian.

"Ad, aku rasa baik kau bawa Kayla naik ke bilik atas. Biar dia rehat seketika."kata Joseph.

Aku memerhati sahaja mereka bangun. Muka Kayla sudah pucat. Whats wrong with her? Adrian memapah Kayla perlahan. Sepatutnya aku yang berada di tempatnya. Aku menghela nafas panjang lalu memandang buku semula.

"Joseph, aku rasa Kayla teruk tu. Tadi pagi dia cakap dia muntah."kata Diana.

"Biarlah dia. Dia perlukan rehat je tu."

Aku tidak dapat menahan diri. Aku bingkas bangun dan menapak ke tingkat atas. Aku terlalu risaukan Kayla.

"Micha, where are you going?"soal Joseph.

Aku tidak endahkan Joseph lalu naik ke tingkat atas. Mana satu bilik tu? Aku buka pintu bilik pertama. Kosong. Tiada sesiapa. Aku menapak semula ke bilik sebelah. Pintu dibuka.

Kayla sedang baring di atas katil dan Adrian pula sedang cuba untuk mencium Kayla. Aku menolak pintu agar terbuka besar.

"Don't touch her, ya asshole!"

Aku merentap kolar baju Adrian sehingga dia berdiri. Dengan pantas aku menumbuk mukanya. Adrian terjatuh terduduk di atas lantai.

"Jangan nak kurang ajar! Kau ingat kau siapa nak cium Kayla!"aku menjerkah.

"Michael, apa ni?"Kayla terbangun daripada tidur sambil memicit kepalanya perlahan.

"Dia kurang ajar, Kayla! Lemme kill this bastard."

***


Love from,
Fiixorra
💜

BEAUTIFUL ANGELWhere stories live. Discover now