27 -CAN'T LIVE WITHOUT YOU

470 29 0
                                    

Celine pov

Bunyi kicauan burung di luar menarik perhatian aku untuk menapak ke tingkap. Sekarang aku dah boleh berjalan. Semua berkat usaha aku untuk kembali sembuh. Aku cuma tak mahu menyusahkan sesiapa lagi.

Sudah sebulan lebih aku tinggal di sini, sudah sebulan juga aku dan Dylan tidak berhubung. He did called me. Tapi... tapi aku tak pernah jawab panggilannya.

Selepas mengetahui kejadian yang sebenar iaini ibu dan ayahnya punca kematian ayah aku. Aku tidak tahu mahu buat apa lagi, tapi sejujurnya cinta aku kepada Dylan tidak pernah berkurang.

Pintu bilik diketuk beberapa kali,"Celine, boleh aku masuk?"

Aku menapak semula ke katil lalu punggung dilabuhkan. Pintu bilik dibuka oleh Danny. Senyuman nipis terlukis di bibirnya. Danny melangkah masuk ke dalam lalu duduk di hujung katil.

"Celine, bila kau nak kembali ke Eastardom? Kau kena habiskan pelajaran kau di sana."soal Danny.

"Aku dah tak ada semangat nak teruskan."jawabku dengan suara tidak bersemangat.

"Semalam Nyla dan Drake ada ke mari. Dia sudah pun meminta maaf. Aku juga sudah bawa mereka ke kubur ayah. Mereka sudah menyesal. Kau boleh maafkan mereka?"

Aku hanya berdiam seraya mata memandang hujung selimut. Danny mengambil tangan aku lalu dielus perlahan.

"Dylan tak bersalah, Celine. Nyla dan Drake pun sudah memohon maaf."

"Jadi kau sudah maafkan mereka?" aku menyoal. Danny tersenyum seraya menganggukkan kepalanya.

Aku menghela nafas panjang.

"Kau fikirlah. Aku tahu kau terlalu cintakan Dylan, sebab itu aku maafkan mereka. Aku mahu kau bahagia. Aku tak suka lihat kau terperap dalam bilik macam ni."jelas Danny.

"Thanks, Danny. But, I need more time."aku membalas. Danny angguk perlahan.

"Jangan lama-lama. Dylan missed you so much."sambung Danny perlahan.

Aku tahu Dylan rindukan aku. Setiap hari dia cuba hubungi aku walaupun dia tahu bahawa panggilannya tidak akan berjawab. I miss you too, Dylan Robert.

Danny menepuk tangan aku lalu dia bingkas bangun untuk keluar kembali. Aku menghantarnya dengan lirikkan mata sahaja.

Apa patut aku lakukan sekarang? Aku keliru. Aku cintakan Dylan namun dalam pada masa yang sama, Nyla dan Drake punca ayah pergi. Tapi Celine, Dylan tidak bersalah. Dia tidak sepatutnya dapat layanan sebegini.

Talkin' in my sleep at night
Makin' myself crazy
Out of my mind out of my mind
Wrote it down and read it out
Holpin' it would save me
Too many times too many times

Smartphone di bawah bantal aku capai. Aku melihat skrin yang bercahaya itu, Kayla call? Skrin di swype ke kanan lalu smartphone dilekapkan ke telinga.

"Celine, kau kena datang ke hospital sekarang. Dylan... Dia... Isk.. Isk..." kedengaran suara Kayla tidak jelas dihujung talian. She's crying? Apa yang berlaku?

"Kayla, bawa bertenang. Kenapa dengan Dylan?"aku menenangkannya lalu menyoal kembali.

"Dia tenat, Celine! Dia ditikam. Doktor cakap Dylan bila-bila masa je boleh pergi, mereka tak boleh lakukan apa-apa untuk menyelamatkan dia."jelas Kayla teresak-esak.

"Ti... tikam? Are you serious? This was not a prank right?"aku mula terasa sebak apabila mendengar jawapan daripada Kayla. Dylan ditikam? Tapi kenapa?!

"Ini betul, Celine. Come here now! He needs you. Sementara masih ada waktu...."

Talian aku matikan tanpa mendengar penjelasan Kayla sehingga habis. Aku berlari ke arah pintu lalu berlalu keluar. Tangga menjadi hala tuju kaki aku.

"Danny! Abang!"aku menjerit memanggil Danny. Tiada jawapan. Mana dia pergi?

Aku menuruni tangga laju. Dapur menjadi arah seterusnya. Kelihatan Danny sedang meneguk air di hadapan peti ais.

"Danny, tolong hantar aku ke hospital."aku segera berlari ke arah Danny.

Danny meletakkan cawannya ke dalam sinki seraya memusingkan badannya menghadap aku. Sebelah keningnya dinaikkan.

"Hold on, apa yang berlaku?"Danny menyoal lalu memegang kedua bahu aku.

"Dylan... Dylan tenat di hospital." jawabku tersekat-sekat. Air mata mula bergenang di tubir mata.

"Tenat? What the hell happened?"

"Jomlah gerak sekarang, aku akan cerita nanti. We don't have fucking time right now." jawabku laju. Kami memang tiada masa. Kayla cakap Dylan tenat. Kau pun tahu kan maksud tenat? Dia boleh mati bila-bila masa sahaja. Nyawanya sudah berada di hujung-hujung. Air mataku mengalir deras ke pipi.

"All right. Kau tunggu di luar. Aku ambil kunci kereta."jawab Danny lalu menapak ke tangga.

"Hurry up."balasku dengan nada sedikit tinggi.

Aku menapak keluar rumah lalu menuju ke Honda CRV silver milik Danny. Kaki terus berjalan mundar mandir di hadapan keretanya. Air mata dikesat dengan belakang tapak tangan.

"Celine, masuk."arah Danny.

Danny sudah keluar dan mengarahkan aku untuk masuk. I'm coming, Dylan. Tunggu aku di sana. Aku tak mahu kehilangan kau. Please.

Enjin kereta sudah dihidupkan lalu kereta menyusur masuk ke lebuh raya. Apa yang buat aku takut sekarang adalah... aku takut aku tak sempat berjumpa dengannya. Nak ke sana mengambil masa satu jam.

Aku menangis teresak-esak di sebelah Danny. Danny tetap fokus dengan pemanduannya.

"Apa yang berlaku, Celine?"soal Danny.

"Dia ditikam."

"What? How comes? Mereka tak bohong kau, kan?"soal Danny lagi.

"Aku harap mereka bohong. Aku tak mahu kehilangan Dylan. Tapi dari cara Kayla bercakap, aku rasa ini betul. She cried a lot. Aku tak mahu kehilangan Dylan, Danny."

Pedal minyak ditekan habis. Danny mula memandu dengan laju. Thanks god, there was no car on the road.

Dylan, wait for me. Please, don't go. Aku masih perlukan kau dalam hidup aku. I can't live without you.

***

What exactly happened to Dylan?
Relax Celine. Those idiots love to make pranks. Pfft, just chill, babe😛

Love from,
Fiixorra
💜

BEAUTIFUL ANGELWhere stories live. Discover now