Michael pov
Suit hitam sudah kemas tersarung di badan, rambut disikat rapi. Perasaan tidak sabar mahu bertemu Kayla sebentar lagi semakin membuak-buak. Kenapa pakai suit hitam? We are gonna marry? No, peeps. Kau gila? Aku kerja pun tak lagi, macam mana nak berkahwin.Pintu bilik aku dibuka, Dylan masuk dengan suit di tubuhnya juga. Hari ini adalah Majlis Perasmian Perfume terbaharu syarikat Angel Dawnscents oleh Miley Dawnson.
"Dah siap belum? Kita gerak sama je lah naik kereta aku."soal Dylan.
"Dah. Kau tak jemput Celine? Aku boleh je naik bike aku ke sana. Kau pergilah jemput Celine dahulu."aku melabuhkan punggung di kerusi study.
"Celine tak ikut. Kita dah lambat ni. Jomlah gerak sekarang."
Dylan keluar dari bilik aku diikuti aku dari belakang. Pintu rumah dikunci dan kami bingkas masuk ke dalam Audi Merah terbaharu milik Dylan. Kereta BMW lamanya habis remuk sewaktu kemalangan dahulu. Jadi kini dia membeli kereta baharu sahaja.
Audi Merah Dylan mula bergerak masuk ke lebuhraya. Suasana kekal sunyi sepanjang perjalanan.
"Bila kau nak melamar Kayla? Atau bertunang mungkin?"soal Dylan memecahkan kesunyian.
"Aku tak kerja lagi lah. Aku beruntung sebab Kayla pun setuju untuk tunggu aku. Kalau tidak, dia yang mahu sponsor semua. Kalau macam itu, tak anak jantan lah, kan?"jawabku. Aku tidak bersetuju dengan cadangan Kayla. Tak mungkin kami gunakan wang dia seorang. Dan itu tak akan pernah terjadi.
"Sounds good. Kalau lepas grade kau nak minta pertolongan aku, cakap je. Tak usahlah kita nak bawa haluan masing-masing. Aku akan cari kau ke lubang cacing kalau kau hilangkan diri."
"Hahahaha. Ke situ pula kau. Tak adanya aku akan buat begitu."
Hamburan tawa aku dan Dylan bergema seketika. Setelah beberapa puluh minit kami tiba juga di perkarangan wisma syarikat Miley. Ramai tetamu ternama yang hadir. Dylan parkir keretanya di parking lot bahagian Vvip.
Punat lock ditekan selepas kami berdua keluar dari kereta. Sepanjang perjalanan masuk ke dalam, ada beberapa jurugambar yang mengambil gambar kehadiran kami.
Dewan wisma tersebut dipenuhi para tetamu. Aku mencari bayang Kayla di antara pelusuk yang ada. Bahu aku ditepuk perlahan.
"Hey, babes. And Hi, Dylan. Mana Celine?"sapa Kayla dengan senyuman di wajahnya. Gosh. You're so pretty, Sweetheart. Mini dress hitam itu sangat sesuai dengan kulit putihnya.
YOU ARE READING
BEAUTIFUL ANGEL
Teen FictionC O M P L E T E D -The Great Writer Novaestar Award 2018- Maaf, ini bukan kisah cinta seperti di slot Akasia TV3 pukul 7 petang. Dan yang paling penting, waktu solat maghrib anda tidak akan terganggu. Ini adalah kisah cinta remaja, persahabatan dan...