Joseph duduk di sisi sang isteri yang masih tidak sedarkan diri. Delyra dan Chester masih lagi teruja menatap bayi berambut putih yang sedang lena di dalam katil bayi.
Lalu si gadis kecil berambut kekuningan berlari perlahan ke arah ayahnya. Dia menatap wajah ibunya pula. Bibir kecil itu dimuncungkan kerana dia tidak sabar menunggu Diana membuka mata.
"Papa, bila Mama nak bangun ni? Mama perlu tengok adik baru Del. Mama, wake up, please..."
"Just wait a minute, sayang. Mama need more rest. Bukan senang seorang ibu hendak melahirkan anaknya. So, you can keep watching over your baby sister. Bila Mama dah bangun, Papa akan panggil Del."
"Fine. Tapi Del nak tunggu Mama bangun. Can I sit on your lap?"
"Come. Habis macam mana dengan adik?"soal Joseph lalu mengambil Delyra dan didudukkan si kecil itu di pehanya.
"Chester kan ada. Ches, tengokkan baby princess, boleh?"
Chester pantas menoleh ke arah Delyra apabila mendengar namanya dipanggil.
"I wanna hug her. Can I?"soal Chester.
"No, Ches. She's mine. Jangan cuba nak curi adik aku. Please ask Auntie Celine if you want a baby."
Chester menjeling Delyra. Joseph tawa perlahan setelah melihat telatah mereka berdua.
"Del..."panggil Diana. Diana membuka kelopak matanya perlahan lalu memandang Delyra dan Joseph.
"Babe? Are you awake? Kau perlukan apa- apa?"soal Joseph bertalu-talu seraya memegang tangan Diana.
"Mama!"teriak Delyra apabila melihat Diana sudah sedar.
"Aku mahu peluk anak aku. Come here, Delyra."
Delyra pantas naik ke atas katil dan memeluk Diana. Kucupan demi kucupan diberikan Diana di pipi anak gadisnya itu.
"Del always lucky. I want that too, babe."
"Silly. Where's my newborn baby?"
Diana memandang sekeliling wad untuk mencari si bayi. Joseph bingkas bangun dan menapak perlahan ke arah Chester dan katil bayi. Katil bayi ditolak perlahan ke arah Diana.
Chester juga berjalan perlahan mengikuti Joseph.
"Hello, Chester."ucap Diana apabila dia menyedari kehadiran budak lelaki itu. Diana gagahkan diri dan cuba untuk bangun. Lalu disandarkan tubuhnya dengan dua bantal putih di belakang badan.
Lirikkan matanya beralih ke arah bayi yang sedang lena di dalam katil bayi. Diana terpempam seketika. Lama dia merenung bayi tersebut.
"That's my baby sister, Mama. She look like Elsa, right?"kata Delyra.
"Ini bayi kita?"soal Diana kepada Joseph. Joseph pantas menganggukkan kepalanya. Diana mengambil si bayi dari katil tersebut. Lalu dirapatkan bayi itu ke tubuhnya.
Diana menyentuh perlahan rambut halus yang berwarna putih itu. Kening dan bulu mata putih itu diusap juga. Rengekkan perlahan daripada bayi kedengaran.
Chester dan Delyra saling merenung si bayi dengan pandangan mata yang dibuka besar.
"Is she healthy? How comes?"soal Diana lagi.
"Dia dilahirkan sebegini, Diana. Dia menghidapi albinisma. Kau tak perlu risau, itu bukan masalah besar sekarang ni. The problem is..."
"What? Apa dia, Joseph?"
"Jantung dia lemah. Anak kita perlukan rawatan rapi seumur hidup dia."
Diana terdiam. Terdiam selepas mendengar butir kata yang dilontar Joseph.
"But now, she's stable. Dia cuma perlukan rawatan, tapi jika rawatan tidak menyebelahi dia, dia perlukan jantung baru."sambung Joseph lalu memeluk Diana.
Diana tergamam. Tiada perkataan yang keluar dari mulutnya. Malah, dia hanya menatap si bayi yang berada dalam pegangannya itu.
"Don't worry, babe. Aku akan pastikan anak kita membesar dengan sihat."ucap Joseph.
Delyra dan Chester yang tidak mengerti apa-apa hanya memandang dua orang dewasa itu saling berpelukkan. Mereka hanyalah anak kecil yang berusia 3 tahun dan sudah semestinya mereka tidak faham apa yang Diana dan Joseph bicarakan.
Pintu wad dibuka perlahan. Kayla melangkah masuk bersama Felix yang didukung Michael.
"Diana, kau dah sedar?"Kayla mendekati kawan baiknya itu lalu memeluk Diana.
"Diana masih terkejut dengan berita itu, Kayla."ucap Joseph.
"Diana, kau jangan risau. Kami semua akan bantu kau. Kau kena kuat, Didie. Look at this little baby. Dia pun tahu ibunya kuat dan tabah. Kalau kau lemah, bagaimana anak kau nak berjuang untuk sihat? Aku tahu kau boleh lakukan. Aku kenal kau." ucap Kayla dengan yakin.
"Thanks, Kayla. Kau sememangnya kawan sehidup semati aku."balas Diana.
"Mana Dylan dan Celine? Chester, where's your Mom and Dad?"soal Michael.
"They buy something for me and Del to eat."balas Chester lalu melabuhkan punggungnya di sofa.
"Uncle rasa kau dah boleh jadi abang, Ches. Kau berani ditinggalkan Mama dan Papa kau. You so brave! Well done, buddy!"
Michael dan Chester saling berbalas pukulan 'High Five'. Felix pula ketawa girang melihat keakraban bapanya dan Chester itu.
Pintu wad dibuka perlahan. Dylan dan Celine melangkah masuk bersama senyuman di wajah.
"Hi, Diana. How are you? Good?"soal Celine. Diana menganggukkan kepala seraya segaris senyuman diberikan.
"Lihat siapa yang datang jenguk kau, Diana... Suprise!"Dylan berkata dengan lantang. Semua tergamam apabila dua orang yang amat mereka kenali masuk ke dalam wad bersama.
"Jack! Jasmien!"
***
YOU ARE READING
BEAUTIFUL ANGEL
Fiksi RemajaC O M P L E T E D -The Great Writer Novaestar Award 2018- Maaf, ini bukan kisah cinta seperti di slot Akasia TV3 pukul 7 petang. Dan yang paling penting, waktu solat maghrib anda tidak akan terganggu. Ini adalah kisah cinta remaja, persahabatan dan...