19 -JUST TRUST ME, MICHA

498 39 0
                                    

Michael pov

Habis sahaja kelas hari ini di dewan kuliah, aku membuat keputusan untuk memujuk Kayla semula.

Apa yang dia fikirkan adalah salah. Aku bukan seperti apa yang dia katakan. Aku harus memberi penjelasan kepadanya. Aku tak mahu hubungan ini berakhir. I love her! Mustahil aku sanggup curang di belakangnya. Apatah lagi terdetik untuk curang, sedikit pun tidak pernah!

Kaki diatur ke arah Ducati hitam di parking lot Eastardom. Aku memakai helmet ke kepala. Lampu Ducati hitam menyala apabila enjinnya dihidupkan. Aku memulas pedal minyak dan memecut keluar dari kawasan Eastardom.

Sepanjang perjalanan ke kediaman keluarga Kayla, fikiran aku terganggu dengan perjumpaan aku bersama Jasmien pagi tadi. Tidak disangka-sangka akhirnya kami berjumpa.

Memang pada mulanya aku marah, marah dengan rahsia yang dia ungkapkan. Rahsia yang dikubur tanpa pengetahuan aku. Rahsia mengenai asal usul aku!

Flashback

Aku mengambil tempat di meja yang menjadi port lepak kami berenam di Kafeteria. Jam menunjukkan pukul 10.15 pagi. Sebentar lagi mungkin kelas Kayla sudah selesai.

"Michael Logan?"

Aku mengangkat muka dan memandang perempuan yang tidak aku kenali di hadapan aku. Dia menarik kerusi di hadapan aku dan duduk di situ.

"Kau kenal aku?"soalku seraya memandang tepat ke anak matanya. Dia mempunyai anak mata berwarna biru sama seperti aku.

Riak wajah perempuan itu seperti kebingungan. Helaan nafas panjangnya kedengaran.

"I'm Jasmien Stevens. There is something you must know, Michael."dia mula berbicara kembali.

"Something? Apa dia?"aku menyoalnya seraya riak muka hairan terpancar di wajahku.

"I'm your stepsister. Kita adik-beradik berlainan bapa."

What the heck? She's my stepsister? Macam mana boleh terjadi? Aku sendiri tidak tahu siapa ibu dan ayah kandung aku, macam mana pula aku ada adik perempuan tiri?

"Aku mahu tunaikan permintaan terakhir ibu."tuturnya perlahan.

"Apa maksud kau?"soalan diberikan. Anak mata aku tidak lepas memandang wajahnya yang menunduk.

"Dia mahu kau tahu bahawa kau adalah anaknya dan dia tak mahu kau benci akan dia."mukanya diangkat dan dia memandang aku tepat.

"Tapi dia buang aku! Dia memang berhati binatang kerana waktu itu aku masih bayi."teriakku lalu bingkas berdiri, jari dikepal rapat menjadi penumbuk.

"Dia terdesak, Michael. Waktu itu ibu masih muda dan tiada tempat untuk bergantung. Ibu sebatang kara. Dan pemikiran ibu waktu itu belum matang. Ibu menanggung derita seorang diri. Ayah kau pula tidak mahu bertanggungjawab kerana dikongkong ibu bapanya. Ayah kau telah mengabaikan ibu semasa ibu kandungkan kau. Ibu tak bersalah, Michael. Ibu hanya menjadi mangsa keadaan. Isk. Isk."rintihnya perlahan.

Aku mula terasa sebak. Punggung dilabuhkan kembali di kerusi. Tangannya aku capai dan aku elus perlahan.

"Kenapa kau menangis? Sepatutnya aku yang menangis."ujarku dengan nada lembut.

"I-ibu sudah tiada. Dia dah mati 2 tahun lepas. Aku rindukannya."rintih Jasmien masih dengan tangisannya yang kian deras.

Aku memandangnya dengan mata berkaca. Berita kematian ibu yang tidak pernah aku kenali membuatkan aku semakin sebak.

BEAUTIFUL ANGELWhere stories live. Discover now