11 -YOU'RE MINE NOW

701 50 2
                                    

Kayla pov

Selepas seminggu pulang dari camping, perangai Michael semakin lain macam. Dia selalu datang berjumpa aku di Eastardom. Ada masa terluang dia akan cari aku. Sampai aku naik rimas.

Dia bertindak seperti kami bercinta betul-betul. Setiap hari mesti ada sahaja bunga terselit di loker aku. Diana pula asyik buat aku tak selesa. Dia nak aku bersama Michael! She's driving me crazy!

"All right, Michael. Can you stop this bullshit, already? Aku rimas."

"Wait, Kayla. Kau pun tahu kan kenapa aku buat begini?"

"Aku tak tahu! Dan tak mahu tahu. Kau cuma teman lelaki upahan. Jadi jangan melebihi batas. Jangan hantar bunga lagi kat aku."

"Aku sukakan kau, Kayla. I fall in love with you. Aku tahu kau sukakan aku juga."

Michael memegang bahu aku. Aku menepis tangannya.

"I don't love you. Kau silap. Ahh, aku rasa aku yang silap di sini. Silap sebab pilih kau. Aku tak perlu khidmat kau lagi. We're officially over."

Aku meninggalkan Michael terkaku di Kafeteria seorang diri. Air mata yang ku tahan mengalir jua. Kau bodoh, Michael. Sebab kau jatuh cinta dengan orang yang salah. Aku tak mungkin sukakan kau. Bagi aku, semua lelaki adalah sama!

***

"Kayla, boleh mama masuk?"

Tombol pintu dipulas. Mama mengukir senyuman lalu duduk di sebelah aku. Tangan aku dicapai dan dielus lembut.

"Kayla, Diana telefon tadi. Dia tanya sampai bila Kayla nak duduk rumah? Dan tak jawab panggilan dia?"

Aku memeluk lutut. Rambut aku diusap perlahan oleh Mama.

"Kayla, apa jua masalah yang datang akan ada jalan penyelesaiannya. Pergi lah ke Eastardom esok. Diana tunggu Kayla kembali."

Aku memeluk mama erat. Tangisan yang aku tahan terlepas jua. Suasana bilik pecah dengan tangisan aku.

"Mama ada dengan Kayla."

"Mama, patut ke Kayla bagi dia peluang? Sedangkan kesalahan tak terletak ke atas diri dia."

"Semua orang berhak mendapat peluang kedua. Jangan jadikan seseorang itu menanggung kesalahan orang lain. Tak baik buat macam itu."

Aku angguk perlahan. Mungkin aku patut beri Michael peluang. Sampai bila aku nak hukum orang bergelar lelaki seperti ini? Aku kena jumpa Michael esok.

***

Aku memandang cermin hadapan dan membelek muka aku. Hari ini aku mahu tinggalkan dunia Kayla yang menakutkan. The devil Kayla.

Kenapa kau tanya? Sebab aku pun rindukan diri aku yang sebenar. Dan semua ini untuk Michael.

Aku mengikat rambut style braid dan mengenakan dress soft pink hari ini. Muka aku pula? Just make up yang sederhana dan nipis.

And no more heels. Naik sakit kaki aku setiap hari memakainya. Aku cuma menyarung kasut flat hari ini. Dan yang paling penting, senyum Kayla, senyum. Mesti orang akan fikir aku gila hari ini.

Usai parkir, aku keluar daripada Ford Mustang dan masuk ke perkarangan Eastardom. Jadi di mana mereka berkumpul waktu begini?

BEAUTIFUL ANGELWhere stories live. Discover now