Jasmien pov
Jam di tangan aku kerling seketika. Aku mencapai penyedut minuman di dalam gelas dan dimasukkan hujungnya ke dalam mulut. Fresh orange aku sedut, lepas, sedut dan lepas.
Mana Jack ni? Sudah 15 minit aku menunggu. Kelas dia tak habis lagi ke? Muncung dipanjangkan seraya mata memerhati sekeliling kafeteria.
Aku terlihat sepasang kekasih menapak masuk ke dalam kafeteria. Senyuman nipis terukir tatkala memerhati gelagat mereka berdua. They are so cute.
Si lelaki perasan kehadiran aku lalu mengangkat tangan kepada aku. Aku hanya memberinya senyuman. Mereka berdua menapak ke arah aku.
"Jasmien, lama tak nampak kau di sini."tegur Michael lalu duduk di hadapan aku. Kayla pula mengambil tempat di sebelah Michael.
"Aku pulang ke kampung seminggu dua. Dan hari ini baru balik ke sini semula."aku menjelaskan kepada mereka berdua.
Kayla hanya angguk perlahan di sebelah Michael.
"Jadi kau ke mari nak berjumpa dengan siapa?"soal Michael lagi.
"Of course nak jumpa Jack. Kan, Jasmien?"Kayla memintas lalu menaikkan sebelah keningnya. Aku tertawa perlahan.
"Mana kau tahu? Nampaknya rahsia kami terbongkar pula."
"I saw you guys last month. Pada mulanya aku macam tak percaya, after Michael beri tahu aku, baru aku percaya."jawab Kayla.
"We are gonna married, soon."tuturku secara tiba-tiba sambil menghadiahkan senyuman di hujung kata. Kayla menekup mulutnya. Dia terkejut besar.
"Really? Congratulations. Kau berkahwin di usia muda. Aku rasa memang trend sekarang dan aku sokong kau, sister."balas Michael.
"Jadi kau dan Kayla bila lagi?"aku menyoal.
Mereka berdua terdiam. Michael menggaru kepalanya. Kayla pula mengeluh perlahan. Aku mengerutkan dahi memandang mereka berdua.
"Anything wrong?"
"Inilah masalahnya. We can't get married."jawab Michael. Apa maksud dia?
"Aku dah jumpa ayah kandung aku, Jas. Daniel Logan is Miley's fiance."tambah Michael lagi.
Miley? Who's Miley?
"Miley was my mom. Kami akan jadi adik-beradik tiri, Jasmien."Kayla pula mencelah.
"What? Oh my god. Poor you guys. Aku harap semua berjalan lancar. Mungkin mereka boleh bertolak ansur. Jadi apa plan kau berdua?"
"Kami akan stay macam ni sehingga lah hari perkahwinan mereka. Kami cuma bergantung dengan keputusan mereka sahaja. Tiada apa yang boleh kami lakukan. Aku seperti lelaki bodoh di sini."balas Michael lalu menundukkan wajahnya.
"Michael... kita boleh hadap benda ni sama-sama."jawab Kayla lalu mengusap belakang badan Michael.
Aku memandang wajah sugul mereka berdua. They loved each other so much. How could the fate treated them like this?
"Kau berdua kena tabah. Aku tahu kebahagian akan jadi milik kau dan Kayla."ucapku satu persatu. Mereka perlukan sokongan buat masa ini. Supaya mereka sentiasa tabah.
"Thanks, Jasmien."tutur Kayla.
Aku membalas senyuman mereka berdua. Lirikan mata beralih ke arah pintu kafeteria. Jack masuk ke dalam dan mencari seseorang. I'm here, Jack. Aku melambai-lambai tangan sehingga Jack mula perasan kehadiran aku.
Jack menapak ke arah aku. Dia mengangkat kedua keningnya apabila perasan kehadiran Michael dan Kayla. Aku bingkas berdiri dan memeluknya.
"I miss you, Jack."ucapku dengan nada berbisik.
"Miss you too, hun."balas Jack lalu mengucup pipi kananku.
Jack bingkas mengambil tempat di sebelah aku. Mereka berdua tersengih apabila Jack tiba.
"Long time no see, Kayla and Michael."ucap Jack lalu bersandar di kerusi tersebut.
"Tak sangka kau akan jadi adik ipar aku. Geez."balas Michael seraya mengukir senyuman sinis.
"Inilah yang dinamakan takdir, Michael. Kita akan jadi keluarga. Oh yaa! Hun, kau dah beri tahu perancangan kita?"Jack memandang aku seketika.
Aku angguk perlahan. Jack mencuit pipi aku lalu memandang mereka berdua kembali.
"Jadi aku akan berkahwin selepas kau dan Kayla graduate. So please, come. Kau satu-satunya keluarga Jasmine sekarang."sambung Jack.
"Sure, bro."Michael mengukir senyuman lalu merangkul pinggang Kayla.
"So kau, Kayla. Miley sihat? Aku dengar dia sudah bertunang?"lirikan mata Jack beralih kepada Kayla pula. Reaksi Kayla seperti tadi, bertukar kepada muram.
"Sudah tentu dia sihat. Dia bahagia bersama tunang dia."jawab Kayla lemah.
"Apa makna reaksi muka kau ni, Kayla? Bakal ayah tiri kau tak baik ke?"Jack menyoal apabila dapat menangkap reaksi sugul daripada Kayla. Bukan Jack sahaja, sesiapa yang melihat juga pasti akan perasan.
"Bakal ayah tiri aku adalah ayah kandung Michael. Kami akan menjadi adik-beradik tiri. Pfft."jawab Kayla lalu memutarkan bebola matanya.
"What? Damn. Jadi maksudnya di sini, kalau kau nak berkahwin dengan Michael, they can't get married, right? Salah seorang kena bertolak ansur."Jack menyilangkan kedua tangannya ke dada.
"Hm I don't know, Jack. Aku dan Michael tak tahu nak buat apa." balas Kayla lalu dia meraup wajahnya perlahan.
"Kau kena pertahankan hubungan ni, Michael. Kau lelaki. Kau kena berani. Kau tak boleh tunjuk diri kau lemah. And... You know what to do, dude." Jack memandang Michael tajam. Jelas kelihatan Michael menelan air liurnya seraya wajahnya kelihatan serba salah.
Michael kena lakukan sesuatu. Seperti apa yang Jack katakan, dia seorang lelaki. Dia kena berani. Benda tak akan selesai kalau mereka berdiam sebegini. They must do something.
***
Love from,
Fiixorra
💜
YOU ARE READING
BEAUTIFUL ANGEL
Teen FictionC O M P L E T E D -The Great Writer Novaestar Award 2018- Maaf, ini bukan kisah cinta seperti di slot Akasia TV3 pukul 7 petang. Dan yang paling penting, waktu solat maghrib anda tidak akan terganggu. Ini adalah kisah cinta remaja, persahabatan dan...