Diana pov
Perut kempis berlapik dress biru aku usap perlahan. I'm going to be mommy! My child with Joseph. Mungkin hasil ketika camping dua bulan lepas. Eh? Of course hasil dari camping! Aku tak pernah tidur dengan lelaki lain sebelum ni. Joseph was the first. Ahh forget it, I'm excited!
Enjin Nissan Navara dimatikan. Here you are! My last semester begin. Pintu kereta dibuka. Aku mengatur langkah ke perkarangan Eastardom.
"Diana!"
Aku menoleh ke belakang. Kayla jalan ke arah aku sambil bercekak pinggang. Mukanya serius. Wait! Kenapa ni? Dia bergaduh dengan Michael ke?
"Hi babe. So how? Enjoy your semester break?"
"Yes. Aku habiskan masa cuti aku dengan menunggu berita daripada mulut kau. So betul apa yang aku dah dengar?"
Kami berjalan bersama-sama ke Kafeteria. Otak aku ligat memproses pertanyaan Kayla. Apa yang betul? Gosh! Kayla dah tahu?!
"All right Kayla, aku tak bermaksud nak rahsiakan dari kau. Seriously. Aku nak suprise dan bagi tahu kau hari ini!"
"Okay what is it?"
"Ya know right, I'm pregnant. Joseph's child."
Kayla merenung aku tajam. Aku menelan air liur. I hate her cold face! Muka beku dengan renungan tajam tu, urghh! I hate it. Aku memandangnya semula, senyuman terukir di bibirnya. What it is? Dia nak marah aku sambil tersenyum ke?
"Congrates Ms Gray! Aku gembira dengan berita ini. I will be Auntie! So apa rancangan kau selepas ini?"
Kami tiba di kafeteria dan seperti biasa, kami mengambil tempat di meja yang sudah menjadi port lepak kami.
"Thanks Kayla. Aku ingat kau nak marah aku. And one more, I'm going to be Mrs Edisson soon. Joseph mahu menikahi aku, Kayla! Minggu hadapan!"
"What? Oh my god! Thats good. At least Joseph tidak lupa tanggungjawab dia. Aku bangga dengan dia."
"Of course. He loves me tho!"
"Lucky you Mrs Edisson to be! All right, kau nak makan apa? Aku pergi beli since you are pregnant. Kau duduk je sini diam-diam."
"I just want waffle."
"All right mommy. Wait here!"
"Silly."
Kayla segera bangun dan pergi membeli makanan kami. Aku mengeluarkan smartphone. Sudah pukul 8. Where's everyone? Kelas mereka tengahari ke? Atau petang? Atau aku yang terlalu excited nak mulakan semester baru?
Nombor Joseph aku dail pantas. Talian disambungkan.
"Hello my cutie."
"Where are you?"
"In your heart, baby."
"Ah come on! Jangan bergurau. Aku tanya sekali lagi, kau di mana?"
"Hahahaha. Aku di belakang kau."
Aku segera menoleh ke arah belakang. Joseph sedang berjalan ke arah aku sambil tersengih. Tangan kirinya diseluk ke dalam poket seluar. Tangan kanannya sedang melekapkan smartphone di telinga.
"You looks good today, daddy." tuturku sambil memberinya thumbs up.
Joseph ketawa terkekek. Dia semakin hampir dengan aku. Smartphone aku simpan setelah aku matikan panggilan itu. Joseph mengambil tempat di sebelah aku lalu dia mengucup kedua belah pipi aku. Itu sudah menjadi habit dia setiap pagi.
"I miss you, Diana."
"Liar! Baru semalam kau jumpa aku."
Joseph ketawa terkekek lagi. I love his laughed.
YOU ARE READING
BEAUTIFUL ANGEL
Teen FictionC O M P L E T E D -The Great Writer Novaestar Award 2018- Maaf, ini bukan kisah cinta seperti di slot Akasia TV3 pukul 7 petang. Dan yang paling penting, waktu solat maghrib anda tidak akan terganggu. Ini adalah kisah cinta remaja, persahabatan dan...