6 -BECAUSE OF MICHAEL LOGAN

733 56 0
                                    

Diana pov

Salah faham antara aku dan Kayla sudah selesai. Tak mungkin aku mahu bergaduh dengan dia lama-lama, Kayla sudah seperti adik-beradik aku. Kami berkawan sejak dari kecil.

Dahulu Kayla bukan seorang yang panas baran, suka melenting. Dia seorang yang baik hati, lemah lembut dan sopan santun. Just like angel.

Namun selepas dia ditinggalkan oleh Jack Clooney, dia mula berubah. Dia sudah tidak percaya dengan lelaki. Dia suka bersendiri. Mula menunjukkan sikap panas baran. But I know her. Aku kenal siapa Kayla Dawnson yang sebenar. Diri dia yang sebenar terkurung dalam badan dia semenjak kejadian 6 tahun lalu.

Dia menjadi saksi dengan mata kepalanya sendiri, Jack curang dengannya. Jack made love with another bitch. Yang paling teruk, Jack salahkan Kayla. Kata Jack, Kayla lah punca dia cari perempuan lain. Dia hina Kayla. Kayla hodoh, Kayla bendul, Kayla terlalu baik.

Selepas kejadian itu, tiada lagi Kayla Dawnson yang lemah lembut. No more beautiful angel. Sebab itulah sehingga kini aku masih berkawan dengannya. Aku tidak mahu dia bersendirian. Puas dimaki, dihamun, tapi aku tetap setia berkawan dengan Kayla.

Aku lagak biasa di depannya, aku mahu menunjukkan diri aku ceria di samping dia. Aku tidak mahu dia lihat aku dalam keadaan sedih. Ya aku sedih selepas Kayla berubah. Kawan aku yang dulu sudah hilang.

"Diana?"

Aku tersentak dan kembali sedar dari lamunan.

"Kenapa kau pandang aku dengan mata sayu macam tu?"soal Kayla.

Aku menyimpul senyuman. Senyuman yang lebar sehingga menampakkan barisan gigi.

"Nothing! Aku cuma rindu kau, Kayla. Ya know, dah berapa hari kau mengelak dari aku."

"Sorry babe."tuturnya.

"Ahhh it's okay. Aku faham keadaan kau. So mana Joseph ni. Aku rasa dia dah habis kelas."

Aku memerhati sekitar kafeteria. Dua orang lelaki berjalan ke arah kami. Joseph dan Michael.

"Itu pun dia! My boyfriend." kataku dengan nada sedikit kuat.

Kayla memutar bebola mata. Aku tahu dia tidak selesa bila ada Michael. Dia paling menyampah dengan lelaki kurang ajar dengan dia. But I think Michael quite cute tho. They fit each other if they dating.

"Hello baby. How's your day?"

Joseph mengambil tempat di sebelahku lalu mencium pipiku.

"I'm good. Hari aku akan sempurna kalau ada kau, Joseph."kataku.

Michael terus mengambil tempat di sebelah Kayla. Kayla sudah mula membuat muka ketat. Michael pula lagak selamba seperti tiada apa yang berlaku.

Mereka berdua senyap sahaja. Hanya aku dan Joseph yang rancak berbual. Ada kala Michael berborak dengan kami. Cuma Kayla sahaja diamkan diri dan menatap smartphone.

"Hey Kayla. Tak sangka jumpa di sini."

Aku menoleh ke arah lelaki yang secara tiba-tiba datang ke meja kami. Joseph dan Michael juga menoleh. Jack Clooney? Apa dia buat di sini? Aku memandang Kayla pula.

"Aku belajar di sini. Takkan kau tak tahu? Impossible." kata Kayla lalu memeluk lengan Michael.

Aku membuntangkan mata. Apa dia buat tu? Aku menggosok mata untuk pastikan apa yang aku lihat sekarang ni adalah benar. Michael pula lagak selamba. Aku tidak dapat baca reaksi muka Michael.

"Kayla..."

"Auchhhhh!" kaki aku disepak kuat di bawah meja. Kayla membesarkan matanya kepada aku. Apa maksud dia?

BEAUTIFUL ANGELWhere stories live. Discover now