8

270 26 0
                                    

Aku terjaga dari mimpi yang terlalu panjang. Mimpi sebuah kenangan silam. Kenangan yang memang pahit untuk ditelan. Namun, siapalah aku untuk membuang segala kepahitan itu. 

"kakak" terjengul wajah Khalif di pintu bilikku. 

"adik tak tidur lagi?" tanya aku sebelum mengerling ke arah jam yang terletak di dinding.

Khalif menggeleng.

"tadi bangun kejap tengok abah dalam bilik" dia labuhkan duduk di kerusi yang ada.

"abah okey ke?" 

Kepalanya diangguk.

"kakak" panggilnya serba salah.

"kenapa dik?" aku mencapai gelang getah dan mengikat rambut yang sudah panjang paras bahu. 

Khalif tersenyum tipis.

"kita pindah rumah nak tak?" tanya Khalif serba salah.

Sebenarnya sudah terlalu lama dia menyimpan hasratnya yang satu itu. Tinggal tunggu masa untuk memberitahu kakak dan abahnya. 

Aku menoleh, memandang wajah Khalif. Seperti tidak percaya.

"nak tak kakak?" tanya dia sekali lagi. 

"kakak tak kisah tapi abahlah. Adik pun tahukan rumah ini banyak kenangan" 

Khalif mengangguk.

"rumah ini dah kumpul banyak kenangan pahit berbanding kenangan manis" dia kesat air mata yang berada di tubir matanya.

Walaupun dia lelaki, pengalaman lalu buatkan dia menangis sendirian. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa getirnya hidup mereka. Berapa tabahnya mereka untuk menempuh cacian manusia.

"tapi masih ada saki baki kenangan manis yang umi tinggalkan untuk kita" bahu Khalif disentuh.

"saki baki itu dah hilang dimakan tahun kakak. Semuanya dah pudar. Tiada lagi yang adik ingat tentang umi" dia menundukkan wajahnya. 

Di balik dinding kayu itu, ada seseorang yang mendengar semuanya dengan cukup jelas. Lenanya terganggu kerana suara anak-anak. Tapi kini, dia tidak terasa hendak lena semula.

"adik, dia masih umi kita. Dia masih ibu yang melahirkan kita. Susu dia masih mengalir dalam tubuh badan kita. Tak kira macam mana sekalipun, dia tetap syurga kita dunia dan akhirat" dia cuba menenangkan adiknya.

Tubir mata tua itu turut mengesat air mata. Sungguh dia tidak kuat tanpa seorang wanita disisi. Namun, kerana anak-anak. Dia kukuh sehingga kini. Dia tabah sehingga kini dan akan terus tabah sampai bila-bila.

Semuanya kerana insan bergelar anak..

Abah Pinjaman DuniaWhere stories live. Discover now