15

252 27 0
                                    

Dua langkah meninggalkan kubur yang merah itu buatkan hati aku berat untuk melangkah. Ku toleh kembali. Ku bergerak kembali ke kubur itu. 

Tuhan.

Jangan soal abah dulu..

Aku merayu..

Biar hujan macam mana pun.

Aku nak teman abah.

Jangan soalnya dulu.

Tuhan..

Hujan rintik-rintik sudah mula turun. Makin lama makin lebat. Sedikitpun, aku tidak berganjak.

Tuhan..

Jangan seksanya terlalu berat.

Dia kesayanganku.

Dia cintaku.

Dia abahku dunia dan akhirat.

"abah.. kakak teman abah dulu ya" dengan tubuh yang sudah basah kuyup. Ku masih setia di tanah perkuburan itu.

Tidak lama kemudian, terasa seperti hujan tidak membasahi diriku. Ku toleh ke kanan. Terlihat seseorang sedang memayungiku. 

"awak.. balik jom" suara itu seperti merayu.

Masih aku setia memeluk erat tanah itu. 

"nanti awak demam. Balik jom. Saya hantar awak balik"

Diam.

"yang dah pergi tak akan pernah kembali. Abah awak pun mesti dia tak nak awak jatuh sakit. Dia masih boleh melihat awak. Mungkin sekarang dia tengah menangis sebab tengok awak sedih macam ini" orang itu cuba memujuknya.

Namun, tuhan sahaja yang tahu. Hatinya rapuh macam mana bila dia melangkah dua tapak tadi. 

"7 langkah meninggalkan kubur ini, malaikat datang menyoal. Saat itu, saya tak kuat nak lepaskan abah saya disoal" aku bersuara.

Orang itu tersenyum tipis.

"abah awak seorang yang berhati mulia saat dia masih hidup sehinggakan sebelum dia pergi sempat dia maafkan orang yang melanggarnya. Kerana itu, sifatnya ada pada awak" 

Aku memandang tepat ke arah pusara abah.

"sebab abah tak pernah salahkan orang. Setiap kesilapan yang orang lakukan padanya. Dia sendiri akan kata itu silapnya sendiri. Bukan silap orang lain. Hati nurani ini, dah tiada lagi dimuka bumi. Allah dah ambil dia dari kami" esakan kedengaran.

Tuhan..

Pinjamkan aku masa..

Aku nak dakap abah sepuasnya.

Pusara itu ku dakap sekali lagi. Entah bila boleh aku lepaskan abah pergi.

Tuhan..

Dia pinjamanmu.

Dia kebahagiaan kami.

Dia kekuatan kami.

Akhirnya, dia pergi meninggalkan kami tanpa kami sedari.

"abah.. jumpa suatu hari nanti. Di syurga sana" ku kesat air mata.

Ku gagahkan diri untuk bangkit. Tapi Tuhan saja yang tahu. Sedihnya aku bila kena tinggalkan kubur ini. 

"kakak balik dulu ya abah. Jumpa di syurga"

7 langkah meninggalkan kawasan perkuburan. Malaikat datang menyoal. Di sentuh dada yang sakit. Telinganya kedengaran satu langkah yang luar biasa. Dia tahu, Allah berinya peluang mendengar langkah Malaikat Munkar dan Nakir.

Suara abah didengari kemudian. Tetapi tiada bunyi tangisan akibat libasan. Bibirnya koyak dengan senyuman.

Tuhan..

Terima Kasih.

Abah..

Jumpa disyurga yang indah.

Abah Pinjaman DuniaWhere stories live. Discover now