12

261 28 0
                                    

Termenung memandang ke dada langit buatkan dia alpa seketika dengan urusan dunia. Bila dia buat keputusan untuk bekerja di rumah buat sementara waktu untuk menemani abah buatkan masa yang dia ada terlalu banyak.

Baru kakinya hendak melangkah masuk ke dalam rumah usang itu. Sebuah motosikal memasuki halaman rumahnya dengan tergesa-gesa. 

"kakak! kakak! Abah kakak!" cukup dengan perkataan abah. Aku seperti dapat mengangak apa yang berlaku.

Ku capai kunci kereta dan pintu ditutup dengan baik. Selipar ku sarung dan aku memandu terus ke tempat yang dikatakan. 

Tuhan!

Tuhan!

Allah!

Allah!

Kenapa engkau tidak mendengar rayuan aku..

"Allah! Abah!!" kepala yang penuh dengan darah itu ku pangku dengan lemah lembut. Tidak menghiraukan baju putih yang kini penuh dengan kesan darah. 

Aku nak abah!

Aku nak abah!

Aku nak abah!

Adik!! Kakak nak abah!! 

Dia mengalirkan air mata.

"kakak.. Jaga diri baik-baik. Jaga adik baik-baik. Abah tinggalkan rumah tu untuk kakak dengan adik. Jaga rumah tu baik-baik. Terima kasih kerana sudi jadi anak abah. Abah sayang kakak dengan adik dunia dan akhirat. Ingat, hati ni..." tangan yang lemah itu menyentuh hati si anak.

"abah akan selalu ada disini" 

Akhirnya tangan yang memegang erat langkahnya berbelas tahun yang lalu itu jatuh ke tanah. Tempat asal kejadian manusia.

Tuhan..

Abah dah tak ada..

Tuhan..

"kakak sayang abah dunia dan akhirat" dahi itu ku kucup dengan lembut.

Tangisannya akhirnya tewas juga. Saksi ditempat kejadian turut mengalirkan air mata. Namun apa guna air mata itu. Dia sudah hilang insan yang selama ini bersusah payah deminya. Dia sudah hilang tempat bermanja dia dunia dan akhirat. 

Ambulans lambat tiba di tempat kejadian. Dia cuba untuk redha dengan apa yang berlaku.

Tuhan..

Rancanganmu cukup indah..

Abah kemalangan akibat dilanggar kereta yang tidak reti undang-undang jalan raya. Dia tidak memandang langsung wajah yang melanggar abahnya. Walaupun dia peguam, dia tidak mahu ambil peduli dengan 'penjenayah' itu. Kerana dia sudah tiada abah.

Walau dia menang kes itu sekalipun, dia masih tidak dapat bawa abah kembali.

Jiwanya kosong.

Mati.

Abah Pinjaman DuniaWhere stories live. Discover now