13

259 24 0
                                    

Wajah itu diraup sekuat hati.

Rambut itu menjadi semakin kusut. 

Hatinya resah dan gelisah tanpa henti. Kisah tadi kembali berlayar di mindanya tanpa dia izinkan. Dia cuba lupa tapi makin dia cuba makin dia tidak boleh untuk lupakan.

Bahunya disentuh. "kenapa ni?"

"daddy, daddy kena tolong Izra"

"Izra ada buat salah apa?" duduknya dilabuhkan disisi anak lelakinya.

Satu-satunya anak lelaki yang ditinggalkan oleh arwah isterinya. Mungkin kerana bangga diri, dia semakin kehilangan sedikit demi sedikit harta pencariannya. Namun, dia berharap yang dia tidak akan kehilangan harta yang isterinya tinggalkan untuknya. 

Anak-anaknya.

"Izra dah.. Izra dah.. Izra.."

"cuba cakap betul-betul. Asyik Izra dah Izra dah. Apa yang dahnya?!"

Aku menarik nafas berat.

"Izrael dah langgar orang" dia meraup wajahnya. Dia kusut.

"apa?!!" suaranya naik satu oktaf. 

Kepalaku tunduk. Gentar dengan suara yang meninggi itu. 

"macam mana boleh langgar orang? Izra bawa laju ke? Kan sini kawasan kampung!" 

"Izra tak tengok kanan kiri sebelum jalan terus. Izra ingat tak ada kenderaan. Tak sangka pula ada motor yang lalu dekat situ"

"Allahu" diraup wajahnya. 

Terdiam.

"orangnya macam mana?"

Kepalaku menggeleng sebagai jawapan kepada soalan daddy. 

"meninggal ke?" 

Angguk.

"dekat hospital?"

Geleng. "dekat tempat kejadian"

Dadanya yang sakit secara tiba-tiba disentuh. 

"dah pergi balai buat keterangan" dia cuba mencari nafas bagi melegakan sakit dada yang tiba-tiba datang menyerang.

Izrael mengangguk.

"polis cakap apa?"

"diaorang hanya minta Izra beri keterangan sahaja. Walaupun ada saksi tapi anak mangsa tak nak ambil apa-apa tindakan" dia menundukkan wajahnya.

Masih ada lagi insan yang tidak mengambil apa-apa tindakan sedangkan dia sudah kehilangan seorang insan yang sangat penting dalam hidupnya. Kalau dia boleh putar balik masa. Dia akan lebih berhati-hati.

"minta maaf dengan keluarga mangsa. Daddy nak Izra pergi tanah perkuburan. Teman diaorang. Bantu diaorang apa yang perlu. Kalau boleh jangan tambah lagi emosi dekat keluarga mangsa" arah Tan Sri Isa.

Izrael mengangguk.

Dia membersihkan diri dan bersedia untuk ke tanah perkuburan. 

Abah Pinjaman DuniaWhere stories live. Discover now