2

376 35 0
                                    

Meja makan itu terlalu sunyi.

"abah nak tambah nasi lagi?" tanya aku dengan nada lemah lembut.

Nasi yang tidak sampai separuh pinggan itu membuatkan aku hampir menitiskan air mata. Khalif yang duduk bertentangan menendang perlahan kakiku dan membuatkan aku menahan air mata yang hampir mengalir.

Kerdilnya kami Tuhan..

Dulu, abah makan sedikit sahaja demi kami berdua. Gaji yang abah terima tidak sebanyak yang disangka. Hanya boleh lepas membayar bil air, bil api, beli beras, telur dan beberapa jenis sayur. Ada kalanya, dalam setahun kami tak pernah terima baju baru.

Bila raya, semua ambil gambar baju baru. Tapi kami, tersenyum melihat kegembiraan mereka. Tiap kali raya, Tuhan sahaja yang tahu. 

Tapi apa yang ada sudah cukup untuk kami dan dengan makanan itu, kami membesar dengan penuh kepahitan dunia. Kerana itu, kami reti menghargai apa yang selayaknya kami terima. 

"abah dah kenyang, kakak dengan adiklah makan semua ini. Banyak sangat lauk kakak masak. Abah tak boleh nak makan semua ni" bibir tua itu koyak dengan senyuman tipis.

Tangan tua itu ku genggam dan akhirnya tangisan yang ku tahan mengalir tanpa keizinan. 

"jangan tolak rezeki yang ada. Kita dah tak macam dulu abah. Kami berdua dah boleh bagi abah sebuah rumah yang selesa. Makan lagi abah, jangan ditolak rezeki" ku kesat air mata dengan tangan kiri dan kemudian menyenduk sedikit lagi nasi ke pinggan abah.

Tuhan,

Sikit lagi. Bagi abah selera.

Cukuplah belasan tahun yang lalu abah sanggup tahan lapar demi kami.
Tuhan..
sikit lagi..
aku merayu..

Abah tersenyum dan mengangguk. Dia cuba untuk gagahkan diri mengunyah nasi yang disenduk. Semuanya demi sedapkan hati si anak. 

"lepas ini, kalau abah nak makan apa-apa. Cakap je dengan kakak atau adik. Kami berdua boleh belikan atau masak dekat rumah" 

Ada sedikit selera yang datang mengunjung bila melihat abah menyuap nasi lagi. Walaupun aku tahu, nasi yang ditelan itu terasa kesat dan sukar. 

Walaupun tidak baik menambah nasi sebaik sahaja pinggan licin, namun dia terpaksa melanggar segala larangan demi melihat tubuh tua itu menyuap nasi dengan jumlah yang lebih daripada biasa. 

Abah Pinjaman DuniaWhere stories live. Discover now