31

220 18 0
                                    

Izrael yang terdengar bunyi esakan terus menuju ke pintu. Dia tidak berani hendak membuka pintu pada lewat tengah malam ini.

Telinganya hanya mendengar sahaja apa yang diperkatakan dan ada kalanya dia balas dalam diam. Mulutnya terkunci untuk bersuara. Tangannya terhenti untuk membuka pintu. Dia hendak dakap tubuh yang sedang menangis teresak itu.

"kenapa awak nak tipu saya?" 

"aku tak tipu kau Isra. Aku hanya nak dekat dengan kau" 

"saya tahu awak yang sewa rumah saya" 

Izrael tersenyum. 

"untuk apa Izrael?"

"untuk aku rasa kehadiran kau"

"untuk hina saya balik?"

Izrael menggeleng.

"tak sayang. Aku tak akan sesekali hina kau"

"tak cukup lagi ke parut yang awak dah cipta dekat hati saya. Tak cukup lagi ke awak dah lukakan hati saya. Saya dah bagi peluang dekat awak. Tapi awak tak pernah hargai! Kenapa muncul balik depan saya"  

Geleng.

"hati itu akan aku jaga sampai bila-bila. Maaf sebab pernah lukakan hati kau suatu ketika dahulu" diusap pintu usang itu.

Dia tahu disebalik pintu usang itu, ada insan yang sangat-sangat dia cintai.

"saya benci awak!" 

"aku sayang kau sampai bila-bila"

Sepi. 

Dia tahu Israfel mesti sudah pulang ke rumah Mak Timah kerana dia kedengaran bunyi tapak kaki turun dari tangga. 

Pintu rumah dibuka.

"kerana cinta, aku terpaksa sembunyikan segala-galanya. Aku terima kalau kau nak salahkan aku atas segala kesalahan yang pernah aku lakukan dahulu. Cuma, jangan tanam kebencian dalam diri kau terlalu lama. Aku takut, aku akan kehilangan kau suatu hari nanti" dia pandang Israfel yang sudah masuk ke dalam rumah.

Pintu rumah dikunci.

Aku jatuh terduduk. 

Israfel dah tahu!

Tuhan!

Dia dah tahu!

Bagaimana pula kalau dia tahu aku penyebab kematian abahnya. 

Tuhan..

Abah Pinjaman DuniaWhere stories live. Discover now