14

260 25 0
                                    

"abah" air mata menuruni pipi tanpa dia sendiri sedar.

Kubur yang masih merah itu disentuh. Dia tidak peduli kekotoran yang akan hadir di tudung putihnya itu. Yang dia tahu, dia hendak dakap abah tanpa dia lepaskan. Walaupun sudah dipisahkan antara langit dengan bumi. 

Kasih sayangnya tak akan pernah berhenti untuk insan yang selama ini buatkan dia selesa dalam kehidupan dunia. Yang sentiasa mendakap erat tubuhnya bila dia perlukan kehangatan. Yang akan melindunginya saat libasan kejian datang menyerang.

"abah, abah dah janji dengan kakak. Yang abah tak akan tinggalkan kakak. Kenapa abah tinggalkan kakak juga" dia memeluk erat tanah yang masih merah itu.

Batu nisan yang tertulis Mohd Fuad bin Mohd Mansor itu diusap dengan penuh rasa kerinduan.

"kakak dah mula rindu abah"

Tuhan! Khalif menyentuh dadanya yang sebak. Dia turut hendak menangis tapi dia kena kuat sebab pesanan terakhir abah buatkan dia tahan tangis.

"adik.. abah nak minta satu benda boleh?"

Khalif menoleh ke arah abah yang sedang duduk sambil menghirup air kopi. Tidak pernah abah nak minum air kopi buatannya. Selalunya dia akan minta air teh yang dibuat kakaknya.

"apa dia abah?"

"kalau abah dah tak ada. Jangan menangis ya. Kuat demi kakak. Biar kakak menangis macam mana sekalipun, adik kena kuat. Jangan menangis walau setitik pun. Boleh?"

Tangan abah digenggam.

"apa yang abah cakap ni?"

"boleh tak adik? Janji dengan abah ya?"

Khalif diam. Dia tidak menjawab.

Dan dia tahu kenapa abah cakap begitu. Selepas dia sampai di tempat kerja. Selang dua jam. Dia dapat panggilan yang abah sudah tiada.

Tuhan!

Kenapa aku tak sedar dari awal..

Tidak jauh dari situ, ada insan lain yang turut menahan sebak. 

"kakak, jom balik. Dah nak hujan ni" Khalif memandang ke dada langit. 

Langit pula seperti tahu kesedihan seorang insan yang bergelar anak. 

"adik baliklah dulu. Kakak nak teman abah"

Khalif terpaksa meninggalkan aku sendirian di tanah perkuburan itu. Dia masih perlu menguruskan majlis tahlil yang akan diadakan selepas maghrib. 

"abah.." setitik air mata jatuh menyentuh kubur arwah abah. 

Tuhan..

Abah dah tak ada.

Dia dah tak ada.

Jasad dia dah tak ada dengan kami.

Tuhan..

Kenapa engkau bawa dia pergi saat jasanya belum kami penuhi. 

"abah.. kakak mungkin tak dapat nak cakap masa abah masih hidup. Sekarang, kakak nak cakap terima kasih. Terima kasih sebab besarkan kakak dengan adik. Terima kasih sebab sayang kami. Terima kasih.... sebab sanggup teruskan hidup demi kami" batu nisan itu ku dakap.

Tuhan.

Aku tak mampu nak mendakap sekujur tubuh yang panas dan hangat.

Aku tak dapat nak membalas kehangatan pelukannya. 

Aku hanya mampu dakap sepapan nisan. 

Tuhan.

Terima kasih pinjamkan dia.

Dia..

Abah pinjaman dunia.

Abah Pinjaman DuniaWhere stories live. Discover now