18

237 24 1
                                    

Seperti perjanjian. Dia kembali semula ke klinik itu. Tidak pasal-pasal dia kena dapatkan oksigen kecemasan. Semuanya sebab dia sesak nafas secara tiba-tiba. Khalif setia menemaninya bersama dengan 'hamba Allah' itu.

"dapatkan rehat yang secukupnya, jangan fikir bukan-bukan, jangan risau terlalu banyak. Takut nanti oksigen tak dapat dihantar ke otak. Cik berkemungkinan boleh dapat strok if oksigen tak dapat disalurkan dengan baik" pesannya sambil menulis sesuatu diatas kertas.

Khalif mengangguk bagi pihak kakaknya. Kakaknya masih lagi memakai alat bantuan pernafasan. Itu yang tidak bersuara sejak dari tadi.

"nama cik, cik Israfel?" tanya doktor itu. Kemudian doktor itu memandang ke arah 'Hamba Allah' itu.

Aku mengangguk. Tidak mempedulikan pandangan mereka berdua.

Doktor itu tersenyum. 

"esok boleh datang semula ke klinik saya?" 

Aku memandang Khalif. Bila Khalif mengangguk, barulah aku mengangguk setuju. 

"tapi sebab apa ya saya kena datang semula ke klinik doktor?" 

Doktor itu tersenyum.

"untuk buat pemeriksaan lanjut" 

Tidak mahu bertanya lebih. Tubuh aku sudah terlalu penat untuk bergerak mahupun bercakap. Lelaki itu menghantar aku dengan Khalif pulang semula ke rumah. 

Kakiku tidak melangkah terus masuk ke dalam bilik. Tapi aku melangkah ke dalam bilik yang selamanya akan aku rindui. 

Bilik abah.

Katil itu ku usap lembut.

"abah" ku baringkan diri ke atas katil itu.

"kakak rindu" air mata jatuh menuruni tubir mata.

Bantal itu ku dakap dengan erat. Bantal yang mengalasi kepala abah sewaktu hidup. Kini, abah berbaring beralaskan tanah tempat asal ciptaan manusia. Aku memandang bunga tulip yang ada didalam balang kaca itu. 

Tuhan..

"abah.. kakak rindu nak peluk abah" selimut itu ditarik dan dikucup serta dipeluk erat. Pelukan yang tidak mahu melepaskannya.

"kalau dulu abah peluk kakak. Kakak sekarang tak dapat peluk abah. Sebab pelukan terakhir kakak adalah saat abah pergi dipangkuan kakak"

Tuhan..

Sampaikanlah rinduku pada abah. 

Khalif mengelap air matanya sebelum masuk ke dalam bilik tidur abah. 

"kakak, jom makan dulu. Dari tadi kakak tak makan apa-apa" ajaknya.

Aku menggeleng.

Tiada selera.

Nikmat kelaparan seperti Tuhan sudah tarik jauh daripada aku.

"kakak tak boleh tak makan. Perut tu kena diisi. Lagipun esok nak kemas rumah lagi" majlis tahlil akan diadakan selama 100 hari.

Rumah tak terkemas kerana mereka sibuk menguruskan hal pengkebumian arwah abah. Walaupun setiap hari kakak sudah kemas, namun dia masih hendak pastikan rumah kemas sewaktu tetamu datang.

Aku menggeleng.

"makan sikit pun jadilah. Mak lang ada tinggalkan nasi untuk kakak" pujuknya lagi.

Diam.

"makan sikit ya kakak. Isi perut tu" pujuknya dan akhirnya aku mengalah. Kesian melihat wajah seorang adik yang berusaha untuk mengajakku makan.

Aku ikut langkah Khalif turun ke dapur.

Kerusi tempat arwah abah selalu duduk ditarik. Aku menggeleng.

"abah je yang boleh duduk sini" aku tarik kerusi tempat aku biasa duduk dan dudukku dilabuhkan di kerusi itu.

Nasi disenduk ke atas pinggan.

"jangan banyak-banyak, nanti abah tak makan apa-apa" kataku menghentikan cedukan Khalif.

Allah!

Khalif terduduk.

"kakak.." perlahan dia memanggil aku.

Aku pandang tepat ke anak matanya.

"abah dah tak ada kakak. Abah dah tak ada! Dia dah tak boleh duduk dekat kerusi ni. Dia dah tak boleh makan dengan kita lagi. Dia dah tak ada kakak!!" Khalif meraung.

Aku pandang Khalif dengan wajah yang tidak percaya.

"mana ada, kejap lagi abah baliklah. Nanti abah balik makan dengan kita" aku tidak mahu percaya dengan kata-kata Khalif.

Tuhan!

"kakak! abah dah tak ada! Dia dah pergi dari hidup kita kak! Dia dah tak ada!" wajah itu diraup dengan kasar.

Tuhan..

Abah betul ke dah tak ada?

Aku menangis sekali lagi.

Abah Pinjaman DuniaWhere stories live. Discover now