26

232 22 0
                                    

"Mak Timah, Pak Kassim. Isra pergi dulu ya" dia mengucup tangan tua itu.

Mak Timah dengan Pak Kassim mengangguk. Walaupun sehari sahaja Isra tinggal dirumah mereka. Tapi sudah cukup untuk mengisi kesunyian yang ada dalam rumah ini. Isra datang bawa kegembiraan.

"tak singgah kubur arwah abah kamu?" 

Aku menggeleng.

"tak cukup kuat lagi untuk hadap kerinduan. In sha Allah, suatu hari nanti Isra akan datang juga melawat kubur arwah abah" dia menghidupkan enjin kereta. 

"jangan lupa sedekahkan alfatihah"

"in sha Allah" dia memboloskan diri ke dalam perut kereta.

Terpaksa ke bandar untuk tukar kereta dengan Khalif. Itulah gatal sangat nak tidur rumah Mak Timah. Akhirnya, dia susahkan adiknya juga untuk hantar kereta mini cooper miliknya dekat bandar.

Kereta Honda adiknya terpakir dihadapan sebuah kedai mamak.

"mana Khalif ni?" dia mengerling ke arah jam tangan yang dipakai di pergelangan tangan kirinya.

Menoleh ke kanan, dia dapat melihat kereta kesayangannya. Kereta yang dia beli dengan hasil kejayaannya memenangi kes. Ini pun ada separuh daripada duit syarikat guaman. Katanya hadiah sebab dia dah menang kes besar.

"sorry kakak. Lambat sikit keluar dari rumah tadi" 

"itulah, kakak dah pesan. Keluar rumah selepas subuh. Aduh adik ni" terus kunci bertukar tangan.

Khalif mengucup tangan kakaknya sebelum kakaknya memboloskan diri ke dalam perut kereta. Bagasinya juga sudah berubah kereta. Terus dia memandu membahagi jalan raya. Dia perlu tiba di Johor sebelum pukul 5 petang.

Sudahnya dia memandu. Mahu jalan sesak. 

Geleng sahajalah yang Khalif mampu buat. 

Alang-alang dia belum sarapan, kakaknya pula berhenti di hadapan kedai makan. Dia singgah terus kedai mamak itu. Pekena roti telur dengan teh tarik sedap ni. Lama tak makan dekat kedai mamak.

Baru dia hendak labuhkan duduk, seseorang mendekatinya.

"assalammualaikum"

"waalaikumussalam" dia menoleh.

"ya Allah, jemput duduk bang" pelawa Khalif. Ramah.

Insan yang dihina ini sewaktu dulu kini sentiasa disanjung orang sekitar. Termasuklah orang kampung yang pernah melibas dirinya dengan kehinaan.

"tadi kak Isra ya?" tanya lelaki itu.

Khalif hanya tersenyum.

"Khalif masih tak dapat nak maafkan abang?"

Senyum.

"siapalah Khalif untuk tidak memaafkan silap orang sedangkan Rasul kita sentiasa memaafkan umatnya. Allah yang tinggi diatas sana pun sentiasa menerima kemaafan hambanya dan membuka pintu taubat seluas yang mungkin" 

Dia kalah. Kalah dengan kata-kata.

"abang minta maaf"

"Khalif dah lama maafkan"

"Khalif pun tahu yang abang sebenarnya suka dekat kakak. Betul?"

Terdiam.

"berusaha dengan lebih keras untuk pikat kakak, abang. Kakak layak dapat bahagia. Dah berbelas tahun dia berkorban demi Khalif dengan arwah abah. Arwah abah dah tak ada. Khalif dah kahwin. Dah tiba masanya kakak terima kebahagiaan yang dia layak terima" 

"Khalif... tak marah abang?"

Geleng.

"sebab arwah abah pernah cakap. Orang yang hina kita itulah yang akan sayang kita lebih daripada segala-galanya cuma hati kena sentiasa bersabar. And now, orang kampung sayang kakak dengan Khalif lebih dari segalanya hanya kerana sebuah kesabaran. And abang pula, cinta kakak lebih dari segalanya"

Diam.

Insan dihadapannya ini dulu pernah dilabelkan sebagai seorang yang sakit. Tapi kuasa Tuhan buatkan dia pulih dan kini kata-katanya mampu menusuk hati mana-mana insan.

Abah Pinjaman DuniaWhere stories live. Discover now