33

241 19 0
                                    

Tenang.

Damai.

Itu apa yang aku cari selama ini. Tapi aku dah kehilangannya 6 tahun yang lalu. Ketenangan itu kini digantikan dengan sesuatu kesedihan. Kedamaian itu kini telah digantikan dengan keresahan.

Sedih bila melihat air mata itu jatuh untuk kesekian kalinya.

Resah bila melihat keadaannya. Aku seperti ingin mendakapnya dengan erat. Mendakapnya tanpa melepaskannya walau sesaat.

Dari jauh, aku melihat sendiri gadis itu menangis sambil memeluk pusara. Jauh dilubuk hati ini. Aku tahu jiwa itu merindui insan yang telah lama pergi. Ingin aku dekati dan pujuknya. Ingin aku dakapnya dengan erat.

Tapi Tuhan sudah melarangnya terlebih dahulu.

"abah.." batu nisan itu ku usap.

"kakak datang" 

"kakak datang lawat abah"

"abah rindu kakak tak?" air mata yang meronta untuk jatuh. Akhirnya jatuh tanpa dipaksa.

Dada yang sakit ini, ku cengkam dengan kuat. Satu benda yang paling sukar untuk aku hadap. Hadap sendirian tanpa Khalif disisi. 

"kakak rindu.." 

"rindu masakan abah" 

"rindu senyuman abah" aku tersenyum dalam tangis.

Nafas ku tarik perlahan.

"dan.. kakak rindu kasih sayang abah" kepala ku baringkan diatas pusara itu. Ku usap dengan penuh kasih sayang.

Tuhan..

Aku terlalu rindu.

Rindu pada kasihnya membesarkan aku.

"kalau abah masih hidup. Mungkin kakak tengah baring atas lengan abah. Tapi Allah dah pisahkan kita berdua antara langit dengan bumi. Kakak hanya mampu baring diatas pusara milik abah" 

Yassin dan Alfatihah disedekahkan kepada arwah abah.

"kalau ditakdirkan suatu hari nanti kakak jumpa dengan orang yang langgar abah. Mungkin kakak hanya akan tersenyum" aku senyum memandang pusara itu.

Hati yang sakit disentuh.

"sebab kakak tak boleh dapat abah balik tak kira macam mana pun. Kakak tak boleh dapat balik senyuman abah walaupun kakak hantar orang tu masuk lokap. Kakak tak boleh dapat kasih sayang abah walaupun kakak menang kes tu" 

Kepalaku dongak memandang ke langit yang cerah.

"kakak dah hilang umi seawal usia 6 tahun. kakak dah hilang abah 6 tahun yang lalu. Kakak semakin tak kuat abah. Jiwa kakak makin hancur. Abah dah tak ada. Kakak tak mampu nak kuat tanpa abah disisi" ku sentuh pusara itu.

Pusara yang sudah 6 tahun tidak ku sentuh mahupun pandang. Hanya kerana sebuah kerinduan. Aku gagahkan diri berdiri dihadapan pusara ini.

Derapan langkah membuatkan aku menoleh. Aku pandang wajah itu. Ada kesan air mata diwajahnya. Tapi, aku hanya mampu diam tidak bersuara. 

Abah Pinjaman DuniaWhere stories live. Discover now