3

362 30 1
                                    

"tolong abah cucikan pinggan ya. Abah nak masuk bilik. Nak rehat" selesai membasuh tangan, abah terus beredar naik ke tingkat atas. 

Aku menoleh Khalif. 

"abah okey ke tu?" tanya Khalif terlebih dahulu sebelum aku bertanya.

"kakak baru nak tanya adik" aku tertawa kecil.

Khalif tersenyum.

"dua hari ini, abah macam kuat tidur. Kakak risaulah adik. Sesekali, cuba berborak dengan abah" dia meluahkan rasa risaunya.

"esok pagi Khalif cuba berborak dengan abah" dia mengelap meja makan yang tidak terlalu kotor jika dilihat melalui pandangan mata kasar. 

Aku menoleh tepat ke arah Khalif yang sibuk mengemas meja. Sudah menjadi rutin harian kami setiap kali selesai makan. Berbelas tahun kami hidup dengan belajar sendiri. Bila sudah jadi rutin, benda itu kena dilaksanakan juga. 

Seperti tahu aku memandangnya, dia terus membuka mulut dan menjawab. "esok Khalif masuk kerja lambat sebab mesyuarat pukul 2 petang. Kerja Khalif pun banyak yang tak siap lagi" terangnya menjawab setiap soalan dalam minda aku.

Aku mengangguk faham. Tidak perlu bertanya lebih. Keyakinan aku pada Khalif sudah melebihi segalanya. Sebab aku membesar kerananya.

Adik yang jadikan aku matang sebelum usia. Mengurusnya tiap pagi. Memakaikan pakaian ke tubuhnya setiap hari. Memujuknya bila dia meragam setiap waktu. 

Tuhan..

Betapa hebatnya rancanganmu ini. Buatkan aku dewasa sebelum usiaku. Walaupun tiada umi disisi. Walaupun kami dihina hampir setiap hari. Tapi engkau masih buat kami utuh berpaksikan engkau dihati. 

Belasan tahun yang lalu..

"eee, budak pengotor" ejekan ini buatkan aku hampir kecundang. 

Tapi bila ku toleh ke belakang. Adik sedang menangis teresak dan meronta-ronta. Tiada guru disisi untuk mengawalnya. 

"adik!!" ku berlari mendekatinya dan memeluknya erat walaupun penghinaan datang melibas belakang badanku.

Sakit Tuhan..

Sakit..

Kalau disaksikan dengan pukulan sebenar, mungkin sudah terkoyak kulit-kulit ditubuhku ini. 

Tuhan..

Aku merayu.. sekejap sahaja..

Pinjamkan kami sebuah kebahagiaan.. Sekejap sahaja Tuhan..

Abah Pinjaman DuniaWhere stories live. Discover now