9

269 28 0
                                    

Bukan setakat keluarga Encik Fuad sahaja yang terjaga dari tidur yang lena. Keluarga yang berasa diri itu senang, turut terjaga dari tidur yang lena. 

"astaghfirullahalazim" dia meraup wajahnya dengan kasar.

Terkejut dengan mimpi yang setiap hari sentiasa menghantui hidupnya. Walaupun sudah belasan tahun berlalu. Dia masih ingat lagi dengan jelas betapa celuparnya mulutnya dahulu. Betapa teruknya perangainya dahulu.

Pintu bilik dibuka dan dia turun ke dapur untuk meneguk secawan air bagi membasahi tekaknya yang kering. 

"Allah" kata-kata itu sahaja yang terkeluar saat dia terkejut melihat bapanya berada didapur sendirian dalam keadaan gelap-gelita.

"daddy kenapa duduk dalam gelap?" dia buka lampu dan cahaya menerangi dapur itu.

Lelaki itu tersenyum tipis. 

"saja nak bersendirian. Yang Izrael masih tidak tidur lagi ni dah kenapa?" 

Izrael menuang air ke dalam cawan dan meneguk dengan agak rakus. Dia betul-betul kehausan akibat sebuah mimpi yang sentiasa mengejar lenanya.

"dah tidur dah. Tapi mimpi yang sama buatkan Izrael terjaga" adu dia.

Bahu Izrael disentuh dan dipicit perlahan.

"cuba cari balik orang yang ada dalam mimpi Izra. Mungkin Izra boleh dapatkan ketenangan. Minta maaf dekat dia bila dah berjumpa" 

Izrael tersenyum.

"kalau Izra boleh jumpa dia balik" dia berkata lebih kepada dirinya sendiri kerana kali terakhir mereka berjumpa adalah sewaktu bersekolah rendah. Sekolah menengah, dia hanya mendapat sedikit berita tentangnya dan hilang semula sehinggalah kini.

"cuba cerita dekat daddy, apa mimpi kamu sebenarnya" 

Bermulalah segala kisah yang dia sendiri simpan selama ini. Walaupun dulu, daddy selalu marah dia. Namun, jauh disudut itu. Tiada siapa yang tahu kesalahan dia yang sebenar-benarnya.

"Allahuakbar" mengucap daddy dibuatnya. 

Izrael tersenyum tipis dan menundukkan wajahnya. Dia serba salah sehingga kini.

Tuhan,

Hanya engkau yang tahu silapku. Namun, apakan daya. Aku tidak mampu menyimpannya sendiri. 

"Izra sedar tak yang Izra dah malukan dia depan orang ramai? Berkemungkinan dia berdendam dengan Izra and dia tak maafkan Izra sehingga kini" mula hendak naik angin.

Kepalaku angguk perlahan. 

"Izra sedar tak memfitnah itu lebih teruk daripada membunuh"

Angguk.

"kenapa Izra tuduh dia mencuri sedangkan Izra tahu itu bukan salah dia"

Diam.

"daddy tak ajar kamu jadi jahat. Kamu tahukan yang dia orang susah" 

Tiba-tiba dia tersenyum sumbing. 

"kenapa baru sekarang daddy nak cakap dia orang susah. Dulu, bukan main daddy menghina orang susah" dia cuba mengejek daddynya sendiri walaupun dia sedar yang dia tidak seharusnya berkata sedemikian.

Wajah tua itu diraup kasar dengan telapak tangan sendiri.

"semuanya kerana dosa, kalau tak kerana ihsan seorang hamba Allah. Mungkin daddy tak mampu nak bangkit kembali" teringat kembali seorang insan yang menaiki motor buruk dan berpakaian lusuh.

Dia kehilangan kereta kerana kereta telah ditarik selepas seminggu dia muflis. Insan itu tidak segan silu memberikan dia wang kertas rm50 ringgit walaupun dia tahu lelaki itu susah. Dia segan pada mulanya untuk menerima. Tapi atas desakan dan nilai murni, dia terima.

Dengan wang itu, dia bangkit sedikit demi sedikit dan ambil kembali apa yang dulunya miliknya. 

Kecil sahaja pemberian orang. Tetapi membawa makna yang besar kepada orang yang memerlukan. 

Abah Pinjaman DuniaWhere stories live. Discover now