25

237 19 0
                                    

Dari dalam rumah sewa itu. Izrael melihat segala-galanya.

Cuma kebetulan dia baru bangun tidur dan dia terlihat seorang insan yang sangat dia cintai. Selepas zohor, dia lelapkan mata seketika kerana terlalu penat. Semalam dia pulang pukul 3 pagi kerana urusan perasmian hotel.

Wajah yang berada didalam bingkai gambar itu dipandang. 

Entah macam mana gadis itu boleh tercicir gambarnya sendiri. Kerana gambar itulah, dia sanggup pulang walaupun berada jauh di Negeri Sembilan.

"walaupun dulu kau comot, aku tahu yang kau cantik sebenarnya" 

Dulu dia menghina, dia mengejek, dia mencaci. Dan dia juga pernah menuduhnya. Walaupun dia miskin, kita sebagai manusia tak layak untuk memandang serong padanya. Kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

"kini, kau dah makin cantik Isra" wajah yang ada pada bingkai itu diusap.

"tahun terakhir persekolahan, aku cuba tarik perhatian kau Isra. Tapi sikit pun kau tak nak pandang aku" 

Kenangan belasan tahun lalu. 

"woi perempuan" agak kasar panggilannya.

Israfel menoleh.

"awak panggil saya?" jari telunjuknya terarah kepada dirinya sendiri. Bila dia toleh ke kanan dan ke kiri langsung tiada orang.

Eh, macam pelik sahaja. Laluan yang selalunya sesak tiba-tiba lenggang.

Angguk.

"kau memang tak ada adab ya? Bapak kau tak ajar kau cara nak hormat orang ya?" tiba-tiba.

Terkebil-kebil dia dibuatnya.

"apa kena mengena dengan bapak saya?"

"kau tak tahu ke, aku ni anak orang kaya dalam sekolah ni. Kalau kau nampak aku lalu. Kau kena bagi aku laluan. Faham tak?" 

Diam. 

"mental agaknya budak ni" terus Israfel beredar.

Tidak ambil peduli langsung dengan budak lelaki itu.

Bukan sehari tapi sepanjang tahun. Benda yang sama Izrael selalu kata pada Israfel. Sedangkan dia dah bagi laluan dekat Izrael. Tapi budak lelaki itu langsung tidak peduli. Asyik hendak beri amaran dekat dia sahaja.

Hanya kerana dia tua setahun dari Israfel, dia selalu jadikan tujuan senior untuk mengacau hidup Israfel walaupun gadis itu tidak mencari pasal dengannya.

Habis sekolah. Terus tiada hubungan dan berita. Kawan-kawan Israfel juga tidak tahu mengenainya. Yang mereka tahu dia sudah berada di asrama tetapi tidak tahu di asrama mana. Sehinggalah pertemuan mereka kali pertama di Perak.

Israfel mungkin tak kenal dia. Tapi dia kenal Israfel.

Sekolah Menengah Sains Teluk Intan.

Pertemuan pertama mereka semula. Izrael ke sana pun kerana dia menjadi pelajar pertukaran. Adalah dalam beberapa bulan dapat tengok muka Israfel. Gadis itu pula aktif bermain bola jaring dan futsal.

Memang setiap petang dia datang ke gelangganglah.

Telinganya kedengaran bunyi sesuatu di depan pintu rumah sewanya. Dia melangkah mendekati pintu itu dan membukanya. Tiada orang. Tetapi ada bekas makanan dihadapan pintu itu.

Dia turun tangga dan melihat seseorang yang sangat dia kenali berjalan masuk ke dalam rumah Mak Timah.

"terima kasih Isra"

Seperti kedengaran suara orang berterima kasih kepadanya. Israfel tersenyum. 

Abah Pinjaman DuniaWhere stories live. Discover now