20

235 17 0
                                    

Enam tahun berlalu.

Akhirnya dia tiba di tanah air, selepas hampir enam tahun mengadakan urusniaga diluar negara. Akhirnya dia boleh pulang semula ke tanah air.

"Assalammualaikum Tuan" sapa pemandunya yang hampir berusia separuh abad.

Bibir lelaki itu koyak dengan senyuman. 

"Waalaikumussalam. Pak Jalal sihat?" sapanya. Mesra.

"sihat macam inilah Tuan. Orang tua macam saya ni, banyak penyakit" dia bukakan pintu untuk lelaki itu.

Kereta itu memecut membahagi jalan raya yang agak sesak. Hujung minggu selalunya orang akan keluar berjalan-jalan dengan keluarga. Di lapangan terbang sahaja sudah cukup ramai orang. Apatah lagi di jalan raya.

"jaga kesihatan tu Pak Jalal. Jangan kerja kuat sangat" 

Pak Jalal mengangguk.

"daddy sihat Pak Jalal?"

Pak Jalal melihat wajah lelaki itu melalui cermin pandang belakang. 

"Tuan besar macam biasalah Tuan. Setiap hari nak balik kampung. Tapi Tuan dah jual rumah tu. Terpaksalah Tuan besar duduk dekat rumah je" ceritanya pada lelaki yang dipanggil 'Tuan' itu.

Lelaki itu mengangguk. Matanya fokus pada ipad yang berada ditangan. Nampak sahaja dia fokus tapi fikirannya sudah menerawang ke tempat lain. 

Kenangan 6 tahun yang lalu.

"Rael nak jual rumah ni" dia memberitahu keputusannya.

Bapanya menggeleng.

"tak boleh jual! Rumah ni banyak kenangan antara daddy dengan mummy" dia membangkang keputusan anak lelakinya. 

Aku memandang tepat ke arah daddy. 

"Rael tetap akan jual rumah ini. Kita akan pindah ke Kuala Lumpur. Dah tak ada apa yang boleh kita jadikan tujuan untuk terus tinggal disini" dia tidak peduli dengan kehendak bapanya. 

"kenapa mesti jual rumah. Daddy boleh ikut Rael kemana sahaja Rael nak pergi. Tapi kenapa mesti jual rumah?"

"hanya kerana dia?" tanya bapanya.

Diam.

"rumah ini tiada kena mengena dengan kenangan Rael. Untuk apa Rael nak jual rumah ini"

"Rael terpaksa daddy. Kalau Rael tak jual. Daddy akan pulang ke kampung ini. Daddy akan buat Rael teringat balik kenangan dulu" dia naik ke tingkat atas.

Keputusannya muktamad. Dan dia betul-betul jual rumah banglo itu. Kini, dah enam tahun dia tidak benarkan daddy pulang ke kampung itu. Termasuklah kakaknya. Kebetulan pula kakaknya berkahwin dengan orang Johor. Jadi, dia sudah awal-awal pindah ke Johor.

Daddy sudah tiada tujuan untuk pulang ke kampung.

"Tuan..." sekali.

"Tuan.." dua kali.

"ya Pak Jalal" dia sedar dari lamunannya.

"nak balik rumah ke nak singgah syarikat?" tanyanya.

"balik rumah terus. Saya tak nak singgah syarikat. Kepala saya dah kusut dengan urus niaga" adunya. 

Pak Jalal tersenyum dan memandu terus pulang ke rumah. Lelaki muda ini terpaksa berkorban usia mudanya demi menguruskan syarikat perhotelan milik bapanya sendiri. 

Melihat wajah keletihan itu buatkan Pak Jalal jatuh kesian. 



Abah Pinjaman DuniaWhere stories live. Discover now