17

237 22 0
                                    

"kak, biar Rael yang uruskan" satu suara menyampuk.

Ku didekati oleh seorang lelaki.

"awak, jom saya hantar balik. Lepas majlis tahlil. Saya bawa awak datang sini balik" nak tak nak. Aku setuju. Itu pun sebab aku sehelai sepinggang.

Tuhan..

Kalau ini yang engkau aturkan. Aku ikut dengan penuh rendah hati.

"doktor tadi tu kakak saya. Awak jangan marah dia pula. Dia tak bagi awak balik sebab keadaan awak masih tak stabil lagi. Ini pun, kalau terjadi apa-apa dekat awak. Mahu kakak saya marah saya dulu" dia tertawa.

Tawa itu merdu.

Allah. Rindunya dengan tawa arwah abah. 

Kereta itu berhenti tepat di hadapan rumahku. Entah bagaimana lelaki itu tahu kedudukan rumah aku sedangkan mulut aku tidak dibuka sepanjang perjalanan. Lelaki ini pula tidak bertanya. Entahlah. Aku malas hendak ambil pusing.

"alang-alang dah nak maghrib, awak nak tumpang solat?" aku masih ada hati nurani.

Abah pernah pesan.

"tetamu itu bawa rezeki. Segala benda buruk dia turut akan bawa pergi bila keluar dari rumah. Hargailah tetamu. Layanlah mereka seperti raja" 

Ku kesat air mata.

Rindu.

Khalif mencuit bahuku.

"siapa yang akak pelawa tu?" tanyanya sewaktu aku tengah sibuk menghidang makanan diatas dulang. Sempat ku toleh ke arah meja makan satu lagi. Khalif tidak benarkan meja itu disentuh. Kerana itu dia menggunakan meja lain.

Sanak saudara abah semuanya sudah tiba selepas solat zohor. Mereka berkumpul untuk membantu menguruskan majlis tahlil arwah abah. Tapi ada tiga insan yang tidak memunculkan diri sejak diberitahu mengenai kematian arwah abah.

"hamba Allah, kakak tak kenal dia siapa" dulang itu ku serah kepada Khalif. 

Dia menghantar dulang itu ke hadapan. Orang surau sudah memenuhi kawasan ruang tamunya. Khemah yang terpasang itu juga tidak mampu memuatkan orang kampung yang datang. Abah banyak menabur jasa pada orang kampung walaupun kami daif.

"Daif. Lama tak dengar perkataan tu" dia kesat air mata.

Tuhan..

Murahnya air mata aku hari ini.

Bunga tulip yang berada diatas meja aku pandang sekilas. 

Tuhan.

Bunga itu bunga terakhir daripada abah.

Ku kesat air mata dan tersenyum tipis. 

Abah Pinjaman DuniaWhere stories live. Discover now